News
Kriket Perisai Raja-Raja - Hari Pertama
Wednesday, 04 March 2009 19:21
Kedah, Negeri Sembilan menang besar
JUARA tahun 2003, Kedah dan naib johan musim 2008, Negeri Sembilan melakar kejayaan besar pada hari pertama Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja hari ini.
Remaja bawah 15 tahun yang diwujudkan menggantikan Johor yang menarik diri tahun ini, tewas dengan 105 larian kepada Kedah di UKM Oval, Bangi dengan pemain bawah 19 negara, Syazrul Ezat Idrus melakukan 97 larian dalam ining skuad utara itu. Terdahulu Kedah yang memenangi undian dan memilih untuk memukul hanya mengetuk 155 larian dalam 28.2 over.
Kriket Perisai Raja-Raja
Thursday, 26 February 2009 12:04
Perhitungan dalam ‘kumpulan juara’
SETELAH memenangi kejuaraan pada tahun 2003 di Kelab Kilat, Kuala Lumpur , Kedah bakal tercabar keperkasaan apabila menyertai semula Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja bermula 4 hingga 8 Mac ini di Bayuemas Oval di Klang dan UKM Oval, Bangi.
Berbekalkan kegarangan sebagai juara divisyen satu Liga Kriket Kebangsaan musim 2008, Presiden Persatuan Kriket Kedah, Ahmad Feisal A. Tajuddin mengumumkan bahawa barisan untuk pertandingan tahun ini akan digabungkan dengan barisan belasan tahun yang berkemampuan.
Page 59 of 59