News
Westlands buru perancangan terbaharu
Monday, 07 June 2010 15:31
KUALA LUMPUR - Wakil Pulau Pinang, Westlands merancang untuk mara ke babak akhir saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini setelah hanya berupaya layak setakat separuh akhir dalam tiga pertemuan sebelum ini.Penyelaras Westlands, Khoo Khay Keat dari Sekolah Kebangsaan Seri Permai mengumumkan keazaman pasukan berkenaan setelah mengharungi empat sesi latihan pusat sebelum bertarung merebut Perisai Tun Ahmad Sarji tahun ini.
''Tahun ini kami merancang kejutan ke babak akhir,'' katanya.
Kampung Gadong kembali dengan keyakinan baru
Sunday, 06 June 2010 16:11
KUALA LUMPUR - Kampung Gadong yang terletak berhampiran Gunung Datuk di Rembau akan kembali bersaing dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini dengan keyakinan dapat memastikan kemaraan ke peringkat separuh akhir.Setelah sepuluh tahun terlepas peluang beraksi dalam pertarungan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji, Kampung Gadong kali ini akan berganding tenaga dengan Gemencheh yang merupakan pusat utama Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999.
Tertekan tetapi Kota Kinabalu janjikan aksi terbaik
Thursday, 03 June 2010 13:47
KUALA LUMPUR - Dengan dibarisi oleh dua pemain berpengalaman seperti Sudarmin Darwis dan Trisman Rudi, Kota Kinabalu mengharapkan dapat mengibarkan aksi lebih baik berbanding tahun lalu walaupun akan menghadapi tekanan daripada tiga lagi pasukan dalam kumpulan A Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini.Bermain di dua gelanggang antarabangsa, Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong, Kota Kinabalu berazam mempamerkan aksi lebih garang berpandukan penumpuan maksimum daripada Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Persatuan Kriket Sabah.
Pekan enggan bercakap besar
Wednesday, 02 June 2010 14:42
KUALA LUMPUR - Naib juara tahun lalu, Pekan hanya menjanjikan keyakinan setakat separuh akhir walaupun pasukan berkenaan letakkan sebagai pilihan dalam saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini di Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong.Pasukan berkenaan yang menggandingkan tiga sekolah, SMK Seri Pekan, SK Indera Shahbandar di Pekan dan SK Kerambit di Kuala Lipis juga akan merasai bahang tekanan dalam kumpulan B bersama Westlands dari Pulau Pinang, Kuala Langat (Selangor) dan Kuala Krai dari Kelantan.
Satu kemenangan sudah cukup bagi Kuala Krai
Monday, 31 May 2010 09:47
KUALA LUMPUR - Pendatang baru, Kuala Krai dari Kelantan tidak meletakkan keazaman tinggi pada penyertaan sulung mereka tetapi sekadar memburu sekurang-kurang satu kemenangan pada saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini di Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong.Empat tahun sebelum ini, daerah berkenaan bergandingan dengan skuad Kota Bharu mengharungi pertarungan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji dan hasilnya, pakatan kedua-dua pasukan itu telah menjulang kejuaraan sebanyak dua kali.
Kuala Langat mahu ratah lawan
Saturday, 29 May 2010 21:08
KUALA LUMPUR - Setelah dua musim tidak berpeluang mengambil bahagian, skuad Kuala Langat kembali menyertai Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini dengan tekad merampas Perisai Tun Ahmad Sarji.Penyelaras Kuala Langat, Jacob Mathews dengan yakin menjanjikan komitmen tinggi itu berpandukan prestasi semasa anak-anak buahnya setelah mengharungi beberapa pertandingan peringkat daerah dan negeri baru-baru ini.
Kelab PJ mahu pertahan kegarangan
Monday, 24 May 2010 15:37
KUALA LUMPUR - Sejak menyertai pertandingan mulai tahun 1999, Kelab PJ dari Selangor bakal memastikan mereka masih bertahan sehingga babak separuh akhir saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini di dua gelanggang ternama, Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval di Puchong, Selangor.Dengan tersenarai dalam kumpulan A bersama juara bertahan, Kota Bharu dan Kampung Gadong (Negeri Sembilan) serta Kota Kinabalu dari Sabah, Kelab PJ berazam untuk mengekalkan keperkasaan seperti tahun lalu untuk menjadi empat skuad terbaik daripada lapan pasukan yang mengambil bahagian.
Kriket Melayu berganding dengan persatuan negeri
Sunday, 23 May 2010 18:35
KLANG – Persatuan Kriket Melayu Malaysia memulakan projek pembangunan bersama persatuan negeri setelah program peringkat nasional bagi kumpulan menengah (intermediate) berjaya dilaksanakan.Mengumumkan demikian, Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia , Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berharap program telah dilancarkan sejak Januari lalu di Kuala Lumpur dapat memberi peluang kepada pemain-pemain yang tidak dapat menyertai projek peringkat nasional.
Aksi berkualiti bagi musim ke-12
Tuesday, 18 May 2010 16:20
KUALA LUMPUR - Saingan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji bagi memburu mahkota kejuaraan kriket bawah 12 kebangsaan yang bermula 15 hingga 20 Jun ini akan berlangsung dengan penyenaraian semula lapan pasukan terbaik dalam program pembangunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia.Wakil Negeri Sembilan disenaraikan semula dengan penampilan Kampung Gadong dari Rembau manakala sebuah lagi wakil aktif dari Kelantan, Kuala Krai yang sentiasa bergabung dengan Kota Bharu dibenarkan bertarung menggunakan nama sendiri.
Kriket: Ramai sertai sesi latihan di Banting
Wednesday, 12 May 2010 17:02
BANTING - Seramai 62 pemain bawah 12 tahun dari empat sekolah di sekitar Kuala Langat menyertai latihan berkelompok dalam Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia mulai 11 hingga 16 Mei di padang Sekolah Kebangsaan Klanang di sini.Pegawai Pelajaran Daerah, Abdul Talib Hamid merasmikan sesi latihan berkenaan yang turut dihadiri oleh pegawai pembangunan dan teknikal Kriket Melayu, Haris Abu Baker.
Kumpulan baru dalam MCA, pertukaran jawatan presiden dalam perancangan
Sunday, 02 May 2010 16:28
TAHNIAH kepada Persatuan Kriket Malaysia (MCA) berikutan pelantikan baru terhadap kekosongan jawatan majlis eksekutifnya pada 1 Mei 2010. Kini jawatan timbalan presiden diisi oleh bekas Presiden Persatuan Kriket Kuala Lumpur, Wilfred Abraham. Dua kekosongan jawatan naib pula dipertanggungjawabkan kepada Asgari Mohd. Fuad Stephens; adik kepada pemegang jawatan terdahulu yang meninggal dunia tahun lepas, Affendi. Satu lagi jawatan itu kepada Setiausaha Kriket Kuala Lumpur, Devindran Ramanathan. Bagi kekosongan ahli majlis eksekutif, V. Vijayalingam, Setiausaha Kriket Sarawak mengisinya.
More Articles...
Page 53 of 61





