News
Westlands, Kota Bharu ke babak akhir
Saturday, 19 June 2010 20:48
KUALA LUMPUR - Kota Bharu amat bernasib baik untuk mengatasi Pekan dengan tiga wiket dalam separuh akhir di Bayuemas Oval pada 19 Jun; sekali gus mara lagi untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan menentang Westlands dari Pulau Pinang keesokan hari.Setelah bermula dengan perlahan dalam sesi mengejar sasaran, Kota Bharu yang bermain dalam babak petang sememangnya menghadapi kesukaran setelah kehilangan dua wiket awal. Pekan memukul terdahulu dengan menghimpun 105 larian.
Kota Bharu terpaksa akur kehebatan Kelab PJ
Thursday, 17 June 2010 19:57
KUALA LUMPUR – Dua finalis tahun lepas, Kota Bharu dan Pekan akan berentap dalam separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 di Bayuemas Oval pada 19 Jun.Satu lagi pertemuan penentu itu adalah antara Kelab PJ dari Selangor menentang wakil Pulau Pinang, Westlands.
Empat pasukan sama ulangi kemaraan
Wednesday, 16 June 2010 22:47
KUALA LUMPUR – Pasukan sama dalam separuh akhir seperti musim lepas. Juara tahun lalu, Kota Bharu; naib juaranya, Pekan bersama Westlands dan Kelab PJ mara lagi ke separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan walaupun masih berbaki satu pertemuan pada 17 Jun.
Westlands dan Kelab PJ menang besar
Tuesday, 15 June 2010 20:37
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kota Bharu hanya menang tipis, 16 larian dengan Kota Kinabalu pada hari pertama Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Kinrara Oval pada 15 Jun.Dengan hanya memukul setakat 70 larian, nasib masih menyebelahi wakil Kelantan itu apabila lawan terhenti pukulan setakat 54 dalam 19.4 over.
Kota Bharu masih mahu bergelar juara
Tuesday, 08 June 2010 18:24
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kota Bharu melaungkan amaran untuk mengekalkan kegarangan pada Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula Selasa ini hingga 20 Jun.Penyelaras Kota Bharu, Zainuddin Harun berkata, skuad berkenaan membayangkan keyakinan untuk mara sekali lagi ke babak akhir dan tidak rela bergelar naib juara.
''Kami telah menyediakan sebuah pasukan yang benar-benar bersedia dengan ketangkasan masing-masing. Tunggu dan lihat keperkasaan kami,'' kata Zainuddin, seorang guru di SK Long Gafar yang ternama sebagai pusat cemerlang bagi sukan kriket di Kelantan.
Westlands buru perancangan terbaharu
Monday, 07 June 2010 15:31
KUALA LUMPUR - Wakil Pulau Pinang, Westlands merancang untuk mara ke babak akhir saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini setelah hanya berupaya layak setakat separuh akhir dalam tiga pertemuan sebelum ini.Penyelaras Westlands, Khoo Khay Keat dari Sekolah Kebangsaan Seri Permai mengumumkan keazaman pasukan berkenaan setelah mengharungi empat sesi latihan pusat sebelum bertarung merebut Perisai Tun Ahmad Sarji tahun ini.
''Tahun ini kami merancang kejutan ke babak akhir,'' katanya.
Kampung Gadong kembali dengan keyakinan baru
Sunday, 06 June 2010 16:11
KUALA LUMPUR - Kampung Gadong yang terletak berhampiran Gunung Datuk di Rembau akan kembali bersaing dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini dengan keyakinan dapat memastikan kemaraan ke peringkat separuh akhir.Setelah sepuluh tahun terlepas peluang beraksi dalam pertarungan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji, Kampung Gadong kali ini akan berganding tenaga dengan Gemencheh yang merupakan pusat utama Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999.
Tertekan tetapi Kota Kinabalu janjikan aksi terbaik
Thursday, 03 June 2010 13:47
KUALA LUMPUR - Dengan dibarisi oleh dua pemain berpengalaman seperti Sudarmin Darwis dan Trisman Rudi, Kota Kinabalu mengharapkan dapat mengibarkan aksi lebih baik berbanding tahun lalu walaupun akan menghadapi tekanan daripada tiga lagi pasukan dalam kumpulan A Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini.Bermain di dua gelanggang antarabangsa, Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong, Kota Kinabalu berazam mempamerkan aksi lebih garang berpandukan penumpuan maksimum daripada Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Persatuan Kriket Sabah.
Pekan enggan bercakap besar
Wednesday, 02 June 2010 14:42
KUALA LUMPUR - Naib juara tahun lalu, Pekan hanya menjanjikan keyakinan setakat separuh akhir walaupun pasukan berkenaan letakkan sebagai pilihan dalam saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini di Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong.Pasukan berkenaan yang menggandingkan tiga sekolah, SMK Seri Pekan, SK Indera Shahbandar di Pekan dan SK Kerambit di Kuala Lipis juga akan merasai bahang tekanan dalam kumpulan B bersama Westlands dari Pulau Pinang, Kuala Langat (Selangor) dan Kuala Krai dari Kelantan.
Satu kemenangan sudah cukup bagi Kuala Krai
Monday, 31 May 2010 09:47
KUALA LUMPUR - Pendatang baru, Kuala Krai dari Kelantan tidak meletakkan keazaman tinggi pada penyertaan sulung mereka tetapi sekadar memburu sekurang-kurang satu kemenangan pada saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini di Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong.Empat tahun sebelum ini, daerah berkenaan bergandingan dengan skuad Kota Bharu mengharungi pertarungan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji dan hasilnya, pakatan kedua-dua pasukan itu telah menjulang kejuaraan sebanyak dua kali.
Kuala Langat mahu ratah lawan
Saturday, 29 May 2010 21:08
KUALA LUMPUR - Setelah dua musim tidak berpeluang mengambil bahagian, skuad Kuala Langat kembali menyertai Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini dengan tekad merampas Perisai Tun Ahmad Sarji.Penyelaras Kuala Langat, Jacob Mathews dengan yakin menjanjikan komitmen tinggi itu berpandukan prestasi semasa anak-anak buahnya setelah mengharungi beberapa pertandingan peringkat daerah dan negeri baru-baru ini.
More Articles...
Page 52 of 60





