News

Kota Bharu sasar ke babak akhir

Friday, 29 May 2009 18:29

BARISAN pemain Kota Bharu yang merancang untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini.KOTA BHARU - Pasukan Kota Bharu yang tersingkir tanpa diduga daripada saingan separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun lalu akan memastikan kegarangan untuk mara ke babak akhir pertandingan musim ini bermula 10 hingga 14 Jun ini di Bayuemas Oval, Klang.
 
Berada dalam kumpulan B bersama Westlands dari Pulau Pinang dan Kota Kinabalu (Sabah), Kota Bharu menjangkakan peluang untuk mara ke separuh akhir tidak menjadi masalah tetapi kerja keras dan kepintaran mencorakkan peluang amat diperlukan untuk ke babak akhir.
 
''Bertarung dalam perlawanan akhir merupakan matlamat utama kami dan jika menghitung nasib dalam peringkat itu, apa jua keputusan boleh terjadi,'' kata wakil Kota Bharu, Zainuddin Harun.
 
Kota Bharu memenangi Perisai Tun Ahmad Sarji pada tahun 2006 dan merupakan antara pusat terbaik Program Pembangunan Kriket Remaja yang dikendalikan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Persatuan Kriket Kelantan.

Baca lagi..

 

Kota Kinabalu janjikan aksi berani

Friday, 29 May 2009 18:21

BARISAN Kota Kinabalu yang bakal bertarung di Bayuemas Oval kelak.Oleh TL ANG
 
KOTA KINABALU - Penampilan kedua Kota Kinabalu dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini menjanjikan aksi lebih maju dan berani untuk menyaingi pasukan pilihan dalam perebutan Perisai Tun Ahmad Sarji bermula 10 hingga 14 Jun ini di Bayuemas Oval, Klang.
 
Setelah memindahkan pusat dari Sekolah Kebangsaan Likas ke SK Kinarut tahun lalu, program pembangunan yang dikendalikan oleh Persatuan Kriket Sabah dan Persatuan Kriket Melayu Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang memuaskan semua pihak.
 
Dengan sokongan teknikal dan berada di bawah Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Kriket Melayu, SK Kinarut yang bernaung atas nama Kota Kinabalu sering dipantau prestasi dari semasa ke semasa oleh bekas pemain kebangsaan, Haerul Marsudin dan Siswanto Moksun Hadi serta Setiausaha Persatuan Kriket Sabah, Hatta Patombongi. Turut agresif mengendalikan latihan dengan pelbagai teknik ialah jurulatih berasal dari Pakistan, Hamid A. Khan.

Baca lagi..

 

Pertandingan diperkemaskan

Friday, 29 May 2009 04:53

Kriket Elit 2009KUALA LUMPUR - Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan musim 2009 terpaksa diperkemaskan dengan hanya membenarkan enam barisan terbaik di kalangan pasukan dalam Program Pembangunan Kriket Remaja bersaing untuk merebut Perisai Tun Ahmad Sarji bermula 10 hingga 14 Jun ini di Bayuemas Oval, Klang.

Tanpa menarfikan dua belas lagi pasukan dalam program pembangunan kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu,

penyertaan enam skuad ‘terbaik’ ini diperakukan berpandukan pelbagai faktor positif dalam usaha melahirkan ramai lagi pemain prestasi tinggi dalam sukan kriket di negara ini.

Tahun ini, Kota Kinabalu disenaraikan semula setelah ‘berehat’ selama setahun manakala Gemencheh yang memenangi empat gelaran terdahulu tidak berkemampuan menyertai kejohanan musim 2009.

‘’Kami hanya memilih pasukan serius yang berkehendakkan kemajuan daripada melayan masalah,’’ kata Pegawai Pembangunan dan Teknikal Kriket Melayu, Haris Abu Baker.

Victoria dari Kuala Lumpur selaku juara bertahan seolah-seolah sukar untuk mempertahan gelaran dan berada dalam kumpulan A bersama Pekan dari Pahang dan Kelab PJ (Selangor).

Dua pencabar wakil Kuala Lumpur itu menjanjikan kegarangan; lebih-lebih lagi Pekan yang telah tiga kali mencapai kejuaraan sejak pertandingan ini diperkenalkan pada 1999.

Baca lagi..

 

Kriket Melayu dapat kerjasama Kementerian Pelajaran

Saturday, 23 May 2009 20:30

BARISAN kepimpinan Kriket Melayu (dari kiri), Setiausaha Agung Rosmanizam Abdullah, Ahmad Sarji, Timbalan Presiden, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob dan Naib Presiden, Tan Sri Wan Mohd. Zahid Noordin sewaktu mendengar pandangan ahli pada persidangan agung tahun di Bayuemas Oval, Klang.

KLANG - Permainan kriket akan terus dikembangkan di sekolah-sekolah dengan sokongan dan kerjasama erat daripada Kementerian Pelajaran.

Perancangan itu telah diterima dengan baik oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu dalam sesi pertemuan dengan Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Baca lagi..

 

Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran

Sunday, 19 April 2009 16:53

PEMAIN Penang Free mengemukakan rayuan untuk memastikan kapten VI, Faizshal Niaz-Lyn (dua dari kanan) dikeluarkan dalam pertemuan hari kedua pada 19 April di Oval Victoria, Kuala Lumpur.Penang Free mudah tumbangkan VI

KUALA LUMPUR, 19 April - Juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free menayangkan kagarangan dengan membaham Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (VI), Kuala Lumpur dengan ining dan 68 larian dalam

Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran di Oval Victoria , hari ini.

Baca Lagi..

 

Sri Lanka pertahan kejuaraan

Sunday, 05 April 2009 21:36

International Under 15 Cricket ChallengeKLANG 5 April - Sri Lanka mengekalkan kejuaraan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa sekali gus merangkul Trofi Tuanku Ja'afar apabila mengetepikan Malaysia dengan enam wiket dalam saingan berat sebelah di Bayuemas Oval di sini hari ini.
 
Malaysia terjebak dengan tekanan apabila dipaksa memukul pada sesi pagi dalam sekitaran lembap dan tindakan pelawat yang memenangi undian itu memusnahkan lima wiket skuad negara dalam hanya 5.5 over.
 
''Semua pemukul harapan dipulangkan ke astaka dan Malaysia berada dalam situasi amat tertekan.

Baca lagi..

 

Sri Lanka terlalu garang

Friday, 03 April 2009 19:17

International Under 15 Cricket ChallengeKLANG, 3 April - Malaysia masih terpaksa tunduk dengan keperkasaan pemukul Sri Lanka setelah tumbang dengan 130 larian dalam perlawanan terakhir pusingan awal Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, hari ini.
 
Sri Lanka yang mempelawa Malaysia memadang terdahulu ternyata memberi kesan positif kepada pengumpulan larian skuad pelawat sehingga mengumpulkan 231 larian untuk enam wiket dalam peruntukan maksimum 40 over. Pemukul pembukaan kerdil, Kausal Mendis bergaya dengan 60 larian dan bergandingan hebat dengan Prasansana Jayamanna yang melakukan 64 larian.

Baca lagi..

   

Sri Lanka catat rekod gandingan wiket pertama

Thursday, 02 April 2009 17:42

International Under 15 Cricket ChallengeOleh TL ANG
 
KLANG, 2 April - Sri Lanka meneruskan rentak cemerlang pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan 113 larian ke atas Singapura di Bayuemas Oval di sini hari ini.
 
Kehebatan Sri Lanka terserlah dengan penyempurnaan 247 larian untuk satu wiket dalam peruntukan 40 over dengan pemukulnya, Shasheen Fernando melakukan 104 larian. Seorang lagi pemukul Sri Lanka, Kausal Mendis mengumpulkan 89 larian tanpa tewas dan bergandingan dengan Fernando untuk mencatat rekod kejohanan hasil pakatan wiket pertama berjumlah 206 larian.

Baca lagi..

   

Tun Ahmad Sarji presiden baru Kriket Melayu

Written by Rosmanizam Abdullah Wednesday, 01 April 2009 19:59

Yang Dipertua - Tun Ahmad Sarji Abdul HamidKLANG - Timbalan Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1996, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah dilantik sebagai presiden persatuan ini menggantikan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman yang mangkat 27 Disember tahun lalu.
 
Pelantikan itu berlangsung pada mesyuarat majlis Kriket Melayu semalam di Bayuemas Oval di sini pada 31 Mac 2009 berpandukan Peraturan 12, perlembagaan pertubuhan itu yang membenarkan majlis melakukan pelantikan jika wujud kekosongan hingga persidangan agung pemilihan yang dijadualkan tahun depan.
 
Berikutan pelantikan Ahmad Sarji ke jawatan No. 1, salah seorang naib presiden, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob pula diberi mandat untuk memegang jawatan timbalan presiden.

Baca lagi..

   

Malaysia pastikan kemaraan ke babak akhir

Wednesday, 01 April 2009 19:54

International Under 15 Cricket ChallengeOleh TL ANG

KLANG, 1 April - Malaysia memastikan kemaraan ke perlawanan akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menang besar dengan lapan wiket ke atas Singapura hari ini walaupun menghadapi pelbagai tekanan sewaktu memadang pada sesi pagi.

Apabila dipaksa memadang dalam pertemuan di Bayuemas Oval, serbuan Malaysia menyaksikan Singapura mengheret gandingan wiket kedua antara Iishan Shekhar dengan Vikas Rajagopal berjumlah 43 larian; dengan tanda  skuad  republik itu  mampu mengumpulkan angka tinggi sebagai penentuan ke babak akhir untuk bertemu Sri Lanka Ahad ini.

Baca lagi..

   

Malaysia tumpas, semakin tertekan

Tuesday, 31 March 2009 18:54

International Under 15 Cricket ChallengeOleh TL ANG
 
KLANG, 31 Mac - Kemenangan mudah Sri Lanka ke atas Malaysia pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan sembilan wiket di Bayuemas Oval di sini hari ini memaksa tuan rumah berhadapan tugas menyeksa apabila menentang Singapura esok.
 
Setelah hanya menang tipis dengan satu wiket pada Ahad lepas, Singapura buat masa ini lebih bersedia dan bersemangat untuk membenam skuad negara bagi memastikan babak akhir Ahad ini dilangsungkan tanpa aksi tuan rumah.

Baca lagi..

   

Page 56 of 58