News
Universiti Colombo kuasai kejohanan
Sunday, 09 October 2011 23:29
KUALA LUMPUR - Universiti Colombo, Sri Lanka menyempurnakan hajat untuk menjadi juara Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa apabila memang mudah 72 larian ke atas Universiti Chittagong dari Bangladesh dalam babak akhir berat sebelah di Bayuemas Oval, dekat sini pada 9 Oktober 2011.
Tersentak dengan hanya melakukan 150 larian untuk sem bilan wiket dalam sesi pagi, Universiti Colombo menggegar lapangan tengah apabila memulangkan empat pemukul Universiti Chittagong ke astaka pada kedudukan tujuh larian di papan catatan.
Tersentak dengan hanya melakukan 150 larian untuk sem bilan wiket dalam sesi pagi, Universiti Colombo menggegar lapangan tengah apabila memulangkan empat pemukul Universiti Chittagong ke astaka pada kedudukan tujuh larian di papan catatan.
Kemenangan besar wakil Singapura
Wednesday, 05 October 2011 23:04
KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Nanyang (Singapura) mengumpulkan angka tinggi sekali gus menumpaskan pasukan kerdil, Kolej Instrumentasi Perubatan Shanghai dengan 261 larian dalam pertemuan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa yang diselangi dengan gangguan hujan di Bayuemas Oval, Klang pada 5 Oktober 2011.Dengan angka tertinggi 480-2 dalam hanya 34 over, pasukan berkenaan memastikan tempat ke separuh akhir yang akan berlangsung Jumaat.
UKM bernasib baik atasi Chittagong
Tuesday, 04 October 2011 20:55
KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernasib baik untuk mengatasi Universiti Chittagong dari Bangladesh dengan enam larian bagi menghidupkan peluang pada Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini 4 Oktober 2011.Walaupun dimalukan dengan angka kurang meyakinkan sewaktu memukul apabila hanya mengumpulkan 83 dalam 28.2 over, tuan rumah menyempurnakan perjuangan sebenar untuk menamatkan pukulan lawan setakat 73 larian.
Tuan rumah kembali bersemangat
Monday, 03 October 2011 21:51
KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bangkit daripada kejutan dua hari lalu apabila berjaya mengatasi Kolej Instrumentasi Perubatan Shanghai (China) dengan lapan wiket pada Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval, dekat sini pada 3 Oktober 2011.
Bermain di padang antarabangsa serba lengkap, pelawat dari Republik Rakyat China itu tertiarap pada angka 36 sebelum tuan rumah mengatasinya hanya dalam 2.4 over.
Bermain di padang antarabangsa serba lengkap, pelawat dari Republik Rakyat China itu tertiarap pada angka 36 sebelum tuan rumah mengatasinya hanya dalam 2.4 over.
Kriket Melayu, Yayasan Sime Darby pastikan penempatan pemain di luar negara
Monday, 03 October 2011 12:45
KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia menggandakan tanggungjawab memuncakkan prestasi pemainnya apabila menghantar dua tenaga utama kebangsaan, Faris Almas-Lee dan Aminudin Ramly untuk menyambung pengajian di Unversity of Glamorgan, Wales sambil bermain dengan kelab tempatan di sana.Kedua-dua pemain negara yang berusia 21 tahun itu berlepas ke Cardiff malam 2 Oktober 2011 untuk mengharungi komitmen penempatan luar yang dirangka oleh Kriket Melayu dengan sokongan Yayasan Sime Darby.
Kriket Melayu wujudkan pusat ke-18 di Kuala Lipis
Sunday, 02 October 2011 12:47
KUALA LIPIS - Persatuan Kriket Melayu Malaysia terus mengaktifkan pembangunan kriket di luar bandar apabila melancarkan pusat ke-18 projek mengembangkan pemain bawah 12 tahun di sini pada 30 September 2011.Pusat di Kuala Lipis dalam Program Pembangunan Kriket Remaja dilancarkan oleh Presiden Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid setelah pertubuhan itu mengenal pasti pusat berkenaan di samping memulakan latihan pengenalan empat bulan lepas di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford sambil diawasi oleh jurulatih dari Kerambit, Sulfian Izudi Deraman.
UKM tumbang kepada wakil Singapura
Saturday, 01 October 2011 19:40
KUALA LUMPUR - Memeranjatkan. Naib juara tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia tersungkur kepada pasukan tidak ternama, Universiti Teknologi Nanyang dari Singapura dengan 24 larian dalam Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di UKM Oval, Bangi dekat sini pada 1 Oktober 2011.Lain pula di Bayuemas Oval, Klang, Universiti Colombo, dari Sri Lanka telah memperlihatkan kegarangan setelah menumbangkan Unversiti Nottingham (England) dengan lapan wiket.
SMK Penang Free rasai bahang babak akhir
Saturday, 01 October 2011 19:38
PERHITUNGAN untuk menentukan juara musim kelapan pada Cabaran Projek Kriket Nasional merebut Piala Ketua Pengarah Pelajaran pada 15 dan 16 Oktober 2011 menjanjikan debaran untuk juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free.
Juara sejak tahun 2007 itu bakal berhadapan dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil yang bernasib baik memintas finalis tahun lepas, SMK Victoria dari Kuala Lumpur dalam dua perlawanan terakhir pada pusingan awal.
Juara sejak tahun 2007 itu bakal berhadapan dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil yang bernasib baik memintas finalis tahun lepas, SMK Victoria dari Kuala Lumpur dalam dua perlawanan terakhir pada pusingan awal.
Kriket Kelantan: Pegawai jajahan antara muka baru dipilih
Monday, 11 July 2011 21:04
TANAH MERAH - Pegawai Jajahan Tanah Merah, Zamri Ismail merupakan antara muka baru yang dipilih menganggotai majlis Persatuan Kriket Kelantan yang mengadakan mesyuarat agung tahunan penggal 2011-2013 di sini minggu lepas.Zamri, 49, menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden. Beliau yang terbabit secara langsung dalam pembangunan sukan di Kelantan bertekad untuk sama-sama membangunkan kriket yang semakin popular di negeri berkenaan.
Turut sama dipilih ke dalam majlis berkenaan buat pertama kali ialah pegawai di pejabat jajahan di sini, Ramli A. Rahman dan seorang guru, Zul Suberi Hassan yang masing-masing disenaraikan sebagai anggota majlis biasa.
More Articles...
Page 46 of 61





