News
Tentera, UKM bertemu lagi dalam babak akhir
Friday, 09 March 2012 19:06
Dalam separuh akhir semalam, Tentera terlalu mudah menyingkirkan Kedah dengan 10 wiket manakala Universiti Kebangsaan Malaysia mengatasi Negeri Sembilan dengan enam wiket.
Kedah bernasib baik ke separuh akhir
Thursday, 08 March 2012 20:58
KUALA LUMPUR - Kedah mara ke separuh akhir Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja tanpa turun beraksi menentang Universiti Kebangsaan Malaysia di UKM Oval pada 8 Mac 2012 disebabkan padang becak tetapi perlu berterima kasih kepada Perak-TLDM yang menumbangkan pasukan pilihan, Kuala Lumpur.Kuala Lumpur yang diramalkan dapat menumbangkan Perak-TLDM tersungkur dengan lima larian di Bayuemas Oval semalam. Berikutan kejutan itu, Kedah mengulangi aksi ke separuh akhir dan akan bertemu Tentera di gelanggang sama pada 9 Mac 2012.
Juara bertahan teruskan kemaraan
Wednesday, 07 March 2012 19:55
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Tentera meneruskan rentak kecemerlangan apabila memenangi perlawanan kedua dalam saingan kriket Perisai Raja-Raja di Oval SMK Tinggi Kajang pada 7 Mac 2012.Turut mencabar kemaraan Tentera ialah finalis tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengukir kegaranan dua hari berturut-turut. Semalam, skuad pusat prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu, membaham Kuala Lumpur dengan 189 larian setelah melakukan 319-7 sewaktu memadang.
Kedah, Kelantan diperangkap awal
Tuesday, 06 March 2012 19:49
KUALA LUMPUR - Pasukan separuh akhir tahun lepas, Kedah dan Kelantan terperangkap awal dalam Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja apabila tumpas dalam pembukaan saingan pada 6 Mac 2012.Kedah tertiarap kepada Kuala Lumpur dengan 69 larian di Oval SMK Tinggi Kajang manakala Kelantan terpaksa akur dengan Negeri Sembilan apabila kecundang dengan 47 larian di Bayuemas Oval, Klang.
Kuala Langat sasar enam pemain ke Projek Kriket Nasional
Tuesday, 21 February 2012 15:44

BANTING - Daerah Kuala Langat yang terkandung dalam Program Pembangunan Kriket Remaja di bawah kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia meletakkan sasaran menyediakan enam pemain ke Projek Kriket Nasional-Pembangunan Menengah bermula tahun depan.
Himpunan Klinik Kriket Astro terbesar
Monday, 13 February 2012 18:30
BANGI - Himpunan terbesar dalam sejarah Klinik Kriket Asto. Seramai 327 peserta bawah 12 tahun menyertai klinik kriket anjuran bersama Persatuan Kriket Melayu Malaysia-Astro-Universiti Kebangsaan Malaysia di gelanggang kriket UKM di sini pada 12 Februari 2012.Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob bagaimanapun berkata, jumlah yang dirancang hanya 200 sudah terlebih sasar dengan penyertaan daripada 35 sekolah di seluruh negara.
UiTM gagal tandingi Perak-TLDM
Sunday, 05 February 2012 11:04
UKM juara bagi musim keempat
Sunday, 29 January 2012 23:18
KUALA LUMPUR - Universti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjuarai saingan Kriket Twenty20 UKM sekali gus merangkul lagi Piala Menteri Pengajian Tinggi untuk musim keempat berturut-turut apabila menjinakkan University College of Technology & Innovation dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval, dekat sini semalam.Bergaya apabila memaksa lawan untuk memukul, UKM diperkuatkan ramai pemain nastional cuma mengehadkan UCTI ke angka 127-9 dalam 20 over.
UCTI layak bertemu juara bertahan
Saturday, 28 January 2012 19:12
KUALA LUMPUR - University College of Technology & Innovation (UCTI) menafikan kemaraan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dengan tujuh wiket pada 28 Januari 2012 untuk memastikan pertemuan dengan juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam babak akhir Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, 29 Januari.
Terdahulu UKM menang juga dengan tujuh wiket ke atas naib juara 2011, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
UCTI melengkapkan kemaraan apabila mengatasi MMU dalam 16.2 over setelah meletakkan sasaran 122 untuk menang.
Aksi kemuncak dalam separuh akhir
Friday, 27 January 2012 23:49
KUALA LUMPUR - Kemuncak saingan kriket Twenty20 Universiti Kebangsaan Malaysia bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi berlangsung di Bayuemas Oval dekat sini 28 Januari 2012 apabila juara tiga musim berturut-turut selaku hos akan berentap dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam separuh akhir.Sebagai ulangan babak akhir tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia menjanjikan aksi terbaik untuk bersaing pada babak akhir di gelanggang sama 29 Januari.
UKM yakin pertahan kejuaraan T20
Thursday, 19 January 2012 14:33
KUALA LUMPUR - Setelah menguasai tiga kejohanan lepas dalam saingan kriket versi pendek; Twenty20, Universiti Kebangsaan Malaysia tidak merasakan tekanan dalam usaha meneruskan penguasaan pada Kejohanan Kriket Antara Varsiti T20 bermula 25 hingga 29 Januari 2012.Walaupun kehilangan tiga pemain utama, Aminudin Ramly, Shahrulnizam Yusof dan Nik Azril Ariffin yang kini bermain di luar negara, pengurus pasukan Fairus Shafie masih merasakan peluang skuad 'juara' itu tetap berkemampuan untuk menjulang Piala Menteri Pengajian Tinggi untuk musim keempat berturut-turut.
More Articles...
Page 44 of 60





