News
Misi mencabar untuk pertahan dua gelaran
Monday, 17 December 2012 20:40
KUALA LUMPUR - Saingan kriket Trofi Melayu Antarabangsa X bermula Rabu ini hingga 28 Disember di Cape Town, Afrika Selatan masih mengekalkan tiga pasukan dalam acara senior dan bawah15 walaupun ketiadaan skuad Melayu Sri Lanka.Kemuncaknya ialah persaingan dalam acara senior yang dimulakan sejak tahun 1999 manakala bagi bawah 15, trofi yang dihadiahkan oleh perancang utama kejohanan ini, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin dijadikan rebutan apabila kategori ini diperkenalkan pada 2002.
Pasukan bawah 18 Melayu Malaysia bakal baiki pencapaian di Perth
Thursday, 06 December 2012 22:09
KUALA LUMPUR- Skuad kriket bawah 18 Melayu Malaysia berkeyakinan untuk memenangi empat daripada lima perlawanan ujian di Perth, Australia bermula 9 hingga 13 Disember 2012 ini.Barisan berkenaan yang dibarisi 14 pemain daripada kelompok Projek Kriket Nasional dan Pusat Prestasi Tinggi, bakal mengharungi lima perlawanan dengan pasukan di bawah program pembangunan Persatuan Kriket Australia Barat (WACA).
''Tahun lepas, skuad peringkat usia ini menang tiga daripada enam pertemuan dengan pasukan ternama di Perth,'' kata pengurus pasukan, Alwi Zaman.
Kriket Melayu terima anugerah Yayasan Sime Darby
Wednesday, 05 December 2012 23:30
KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia memperoleh pengiktirafan apabila menerima anugerah Pembangunan Kriket Nasional daripada Yayasan Sime Darby Jumaat lepas.Anguerah berkenaan disampaikan oleh Pemangku Pengerusi Sime Darby Berhad, Tan Sri Samsudin Osman sempena ulang tahun ke-30 penubuhan yayasan berkenaan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).
Dengan pengiktirafan berkenaan Kriket Melayu juga menerima habuan wang tunai daripada Yayasan Sime Darby.
Melayu Malaysia bersedia untuk tujuh perlawanan di Sri Lanka
Wednesday, 31 October 2012 19:31
KUALA LUMPUR - Pasukan kriket bawah 14 Melayu Malaysia bertekad untuk memenangi semua perlawanan dalam siri latihan pendedahan di Sri Lanka bermula 2 hingga 10 November ini.Skuad berkenaan yang dibarisi 15 pemain dan tiga pegawai berlepas ke Colombo, Sri Lanka pada 1 November dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free berasal dari Juasseh, Negeri Sembilan, A. Hadi Halem dipilih sebagai ketua pasukan.
Chilaw Marians juara Kriket Antara Kelab Antarbangsa
Sunday, 21 October 2012 20:30
KLANG - Wakil Sri Lanka, Chilaw Marians memastikan kejuaraan dalam Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa dengan kemenangan 142 larian ke atas Melayu Malaysia pada babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 21 Oktober.Setelah memenangi undian dan mengetuk sehingga 392 larian untuk lapan wiket, skuad dibarisi bintang-bintang pasukan utama Sri Lanka itu memberikan tekanan kepada tuan rumah untuk bertarung selepas sajian tengah hari.
Hujan hentikan pertemuan menarik
Friday, 19 October 2012 18:18
KLANG - Melayu Malaysia menyerah kalah dengan 40 larian kepada Chilaw Marians dari Sri Lanka dalam pertemuan terakhir pusingan awal Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 19 Oktober 2012.Hujan menghentikan perlawanan sewaktu Melayu Malaysia memukul dengan angka 73-3 dalam 23.4 over dalam misi mengejar angka yang dihimpun skuad dari Sri Lanka itu, 263 untuk sembilan wiket dalam peruntukan penuh 50 over.
Melayu Malaysia mara ke babak akhir
Thursday, 18 October 2012 23:30
KLANG - FMC Sports dari Bangladesh menamatkan saingan awal dalam Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila tumpas 33 larian kepada Melayu Malaysia dalam percaturan hebat di Bayuemas Oval dekat sini pada 18 Oktober 2012.Dengan keputusan berkenaan, Melayu Malaysia layak ke babak akhir pertandingan merebut Piala Tun Ahmad Sarji untuk bertemu barisan bintang antarabangsa Sri Lanka, Chilaw Marians, Ahad ini.
Chilaw Marians layak ke babak akhir
Wednesday, 17 October 2012 21:42
KLANG - Chilaw Marians memastikan tempat ke babak akhir Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa Ahad ini apabila memenangi pertemuan kedua dengan mengatasi FMC Sports dengan 41 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 17 Oktober 2012.Dengan hanya meletakkan 168 larian untuk menang, wakil Sri Lanka itu mengumpulkan 105-3 dalam 20 over sebelum hujan lebat terus menghentikan pertemuan.
Melayu Malaysia kongsi satu mata
Tuesday, 16 October 2012 20:00
KLANG - Walaupun tiada keputusan pertemuan Melayu Malaysia menentang pasukan gagah, Chilaw Marians dari Sri Lanka dalam Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 16 Oktober, ia sudah cukup untuk melonjakkan semangat tuan rumah bagi meneruskan baki dua perlawanan lagi. Setelah tumpas perlawanan pertama, satu mata hasil tiada keputusan berikutan perlawanan terhenti akibat hujan, akan memastikan peluang masih terbuka kepada skuad tempatan untuk mencipta kemenangan.
FMC Sports atasi tuan rumah
Monday, 15 October 2012 21:45
KLANG - Tuan rumah, Melayu Malaysia tidak menepati hajat apabila tumbang dengan 45 larian kepada FMC Sports dari Bangladesh dalam Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 15 Oktober 2012.Dengan hanya membenarkan lawan berada pada kedudukan 119-6 dalam 38 over, keadaan seakan-akan memberi peluang terbuka kepada tuan rumah berentap pada sesi petang tetapi keadaan sebaliknya diharungi Melayu Malaysia.
Chilaw Marians ratah wakil Bangladesh
Sunday, 14 October 2012 21:24
KLANG - Wakil Sri Lanka, Chilaw Marians membuktikan keperkasaan dengan kemenangan mudah, 269 larian ke atas FMC Sports dari Bangladesh dalam pembukaan Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 15 Oktober 2012.Perlawanan yang dikurangkan dua over kerana kelembapan lapangan tengah menyaksikan pemukul dari Sri Lanka itu terus melakukan pelbagai aksi pukulan yang melepasi sempadan untuk menghimpun 376-6.
More Articles...
Page 41 of 61





