News

Kalabagan kecewakan Mumbai dengan satu wiket

Sunday, 08 October 2017 19:40

KUALA LUMPUR - Kelabagan memastikan kejuaraan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa  menjadi milik mereka apabila menumbangkan Mumbai CC tipis dengan satu wiket dalam babak akhir di Bayuemas Oval, 8 Oktober 2017.

Bermain dengan penuh yakin, wakil Bangladesh itu menghentikan pukulan pasukan pilihan dari India itu setakat 97 dalam hanya 29.2 over.

Baca lagi..

 

Colombo atasi Melayu Malaysia untuk tangga ketiga

Saturday, 07 October 2017 19:15

KUALA LUMPUR - Colombo menyempurnakan saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa dengan menduduki tangga ketiga apabila mengatasi Melayu Malaysia dengan 27 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval, 7 Oktober 2017.

Memukul setelah memenangi undian pada sebelah pagi, wakil Sri Lanka itu melakukan 152 dalam 48.3 over. Pemukul awalnya, Yeshan Wickramarachchi tenang dalam mengumpulkan 51 larian.

Baca lagi..

 

Kalabagan bangkit untuk mara ke babak akhir

Friday, 06 October 2017 20:21

KUALA LUMPUR  - Mumbai CC akan berentap dengan Kalabagan dalam perlawanan akhir Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval 8 Oktober 2017.


Dalam pertemuan pusingan kedua 6 Oktober, Mumbai layak berpandukan kelebihan pusingan awal apabila pertemuan skuad dari India itu dengan Melayu Malaysia berkesudahan tanpa keputusan berikutan hujan lebat dan perlawanan tidak dapat diteruskan.

Baca lagi..

 

Melayu Malaysia lawan Mumbai dalam pusingan kedua

Wednesday, 04 October 2017 20:13

KUALA LUMPUR - Mumbai CC mendahului kedudukan dalam pusingan awal Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila menjinakkan Colombo dengan 57 larian dalam pertemuan di Kelab Aman di sini, 4 Oktober 2017.

Dengan kedudukan itu, Mumbai CC dari India yang dibarisi ramai pemain kelas pertama akan bertemu Melayu Malaysia dalam pusingan kedua 6 Oktober untuk menentukan wakil ke babak akhir 8 Oktober 2017.

Baca lagi..

 

Mumbai semakin garang buru kejuaraan

Wednesday, 04 October 2017 08:55

KUALA LUMPUR  - Mumbai CC dari India semakin garang dalam Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila cemerlang pada hari kedua dengan kemenangan lapan wiket ke atas Melayu Malaysia di Bayuemas Oval dekat sini, 3 Oktober 2017.

Pemenang ketiga pertandingan tahun lepas, Mumbai mengejar angka sasaran dengan  tenang walaupun menghadapi serbuan hebat pembaling tuan rumah.

Baca lagi..

 

Colombo, Mumbai bermula cemerlang

Monday, 02 October 2017 19:37

KUALA LUMPUR  - Colombo memulakan aksi pembukaan saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa  dengan cemerlang apabila mengatasi tuan rumah, Melayu Malaysia dengan 40 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval dekat sini pada 2 Oktober 2017.

Memukul dalam sesi pagi, Colombo dari Sri Lanka tertekan dengan kedudukan 47-5 dalam 20 over tetapi berjaya melonjakkan kedudukan sehingga 147-6 dalam peruntukan maksimum pertandingan.

Baca lagi..

 

Penang Free School juara kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran

Sunday, 10 September 2017 22:23

KUALA LUMPUR -  Penang Free School kembali menjuarai Cabaran Projek Kriket Nasional sekali gus merangkul Piala Ketua Pengarah Pelajaran apabila mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval dekat sini 10 September 2017.

Penang Free School juara tahun 2007 hingga 2011 bukan memenangi perlawanan secara mutlak tetapi merangkul gelaran juara setelah mendahului ining pertama babak akhir.

Baca lagi..

   

Clifford atasi SMK Tengku Indra Petra untuk kekal kejuaraan

Sunday, 06 August 2017 18:54

KUALA LUMPUR  - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford mengekalkan kejuaraan Cabaran Kriket Perempuan Perisai Tuanku Najihah dengan kemenangan 72 larian ke atas SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 6 Ogos 2017.

Pertemuan yang turut disaksikan oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin itu meletakkan Clifford dari Kuala Lipis, Pahang dalam kedudukan selesa apabila mengumpulkan 127-6 dengan Nurul Syahira Hassan Ali menyumbang 46 larian.

Baca lagi..

   

SMK Tengku Indra Petra jumpa Clifford dalam babak akhir

Saturday, 05 August 2017 20:00

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra ke perlawanan akhir Cabaran Kriket Perempuan merebut Perisai Tuanku Najihah apabila menang besar 118 larian ke atas Pattani dari Thailand dalam  pusingan awal di Bayuemas Oval, Klang pada 5 Ogos 2017.

Pemain serba boleh, Rabiatuadawiah Mat Rahim cemerlang membantu pasukan dari Gua Musang, Kelantan itu dengan sumbangan 27 larian di samping mencapai hatrik dalam balingan menerusi tiga wiket berturut-turut.

Baca lagi..

   

Clifford sah layak ke perlawanan akhir

Friday, 04 August 2017 20:15

KUALA LUMPUR  - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis layak ke babak akhir Cabaran Kriket Perempuan merebut Perisai Tuanku Najihah apabila memenangi keempat-empat perlawanan.

Dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang, 4 Ogos 2017, skuad juara 2014 dan 2016 itu mengatasi Pattani dari Thailand dengan 121 larian.

Baca lagi..

   

Clifford kekal cemerlang hari keempat

Thursday, 03 August 2017 17:53

KUALA LUMPUR  - Juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis meneruskan rentak cemerlang dengan kemenangan lima wiket ke atas SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam pertemuan hari keempat Cabaran Kriket Perempuan merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval, Klang pada 3 Ogos 2017.

Perlawanan yang hanya dilangsungkan dalam 22 over kerana gangguan hujan beberapa kali telah menayangkan kegagahan Clifford untuk meneruskan penguasaan dalam kejohanan pada musim keempat.

Baca lagi..

   

Page 15 of 59