Kedah dikejutkan dengan kekalahan besar lagi

KUALA LUMPUR : Perlis ketawa besar dengan kemenangan mudah ke atas Kedah dalam pusingan awal Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval pada 2 hingga 3 Mac 2019.

Kedah yang tumpas kepada Negeri Sembilan dua minggu lepas kalah teruk dengan ining dan 92 larian dalam aksi berat sebelah di gelanggang antarabangsa terbaik Malaysia itu.

Kemenangan itu meletakkan Perlis menduduki tangga kedua pungutan mata di belakang juara bertahan, Negeri Sembilan.

''Kami berharap dapat kakal cemerlang  dalam pertemuan menentang Tentera dua minggu lagi di Kajang Oval,'' kata pengurus Perlis Azmi Jaafar. 

Kejohanan yang akan berakhir 25 Ogos depan dianjurkan secara tahunan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

KEPUTUSAN


Perlis kalahkan Kedah dengan ining dan 92 larian.

Ining pertama:

Kedah 91 (36.1 over) Nurfirdaus Hakimi Nasiruddin 25, Syafiq Shariff 13, Darwish Izz Faris Kamarul Bahrain 12, Badrul Naim Mohammad Noor 10. Mahyudin Mansor 6-29.   

Perlis 325-9 (73 over) Muhaimin Salahuddin 59, Hazwan Haziq Rosebi 59, Elmi Abdul Rahman kekal 52, Trisman Rudi 35, Salammuddin Sharip 32, Mahyudin Mansor 24, Fazly Daros 20. Nurfirdaus Hakimi Nasiruddin 7-108.


Ining kedua:

Kedah 142 (52 over) Badrul Naim Mohammad Noor 44, Suhairi Mansor 29, Darwish Izz Faris Kamarul Bahrain 18, Syafiq Shariff 18, Kamil Khirodin 10. Mahyudin Mansor 4-34, Islah Muhaimin Zol 3-23.


Pemain terbaik: Mahyudin Mansor (Perlis)

Pengadil: Bertle A. James (NS) & Redzuan Shahadan (SEL)


KEDUDUKAN MATA

1. Negeri Sembilan... 21.57
2. Perlis... 21.25
3. Tentera... 11.69
4. Selangor... 8.01
5. Kedah... 8