News
Penang Free School juara kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran
Sunday, 10 September 2017 22:23

KUALA LUMPUR - Penang Free School kembali menjuarai Cabaran Projek Kriket Nasional sekali gus merangkul Piala Ketua Pengarah Pelajaran apabila mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval dekat sini 10 September 2017.
Penang Free School juara tahun 2007 hingga 2011 bukan memenangi perlawanan secara mutlak tetapi merangkul gelaran juara setelah mendahului ining pertama babak akhir.
Clifford atasi SMK Tengku Indra Petra untuk kekal kejuaraan
Sunday, 06 August 2017 18:54

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford mengekalkan kejuaraan Cabaran Kriket Perempuan Perisai Tuanku Najihah dengan kemenangan 72 larian ke atas SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 6 Ogos 2017.
Pertemuan yang turut disaksikan oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin itu meletakkan Clifford dari Kuala Lipis, Pahang dalam kedudukan selesa apabila mengumpulkan 127-6 dengan Nurul Syahira Hassan Ali menyumbang 46 larian.
SMK Tengku Indra Petra jumpa Clifford dalam babak akhir
Saturday, 05 August 2017 20:00
Clifford sah layak ke perlawanan akhir
Friday, 04 August 2017 20:15

Clifford kekal cemerlang hari keempat
Thursday, 03 August 2017 17:53

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis meneruskan rentak cemerlang dengan kemenangan lima wiket ke atas SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam pertemuan hari keempat Cabaran Kriket Perempuan merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval, Klang pada 3 Ogos 2017.
Perlawanan yang hanya dilangsungkan dalam 22 over kerana gangguan hujan beberapa kali telah menayangkan kegagahan Clifford untuk meneruskan penguasaan dalam kejohanan pada musim keempat.
SMK Tengku Indra Petra pula atasi Pattani
Wednesday, 02 August 2017 20:16

Pattani dikejutkan dengan kekalahan teruk
Tuesday, 01 August 2017 17:37

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis menang besar 129 larian ke atas Pattani dari Thailand pada hari kedua Cabaran Kriket Perempuan bagi merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval 1 Ogos 2017.
Juara tahun 2014 dan tahun lepas itu bergaya dengan pengumpulan 160-7 dalam 25 over setelah bertindak bijak sebaik sahaja memenangi undian. Pattani yang merupakan pasukan juara tahun 2015 menghadapi pelbagai masalah dalam sesi memadang walaupun dibantu bekas pelatih skuad kebangsaan perempuan Thailand, Shagufta Arwae.
Clifford gagah atasi Gua Musang
Monday, 31 July 2017 20:00

Machang kekal juara bagi tahun kedua
Sunday, 21 May 2017 18:19

Machang, Bayuemas berentap dalam babak akhir
Saturday, 20 May 2017 17:16

Kuala Langat bangkit untuk atasi Parit Jawa
Friday, 19 May 2017 21:15

More Articles...
Page 12 of 55