News
Negeri Sembilan menang besar
Sunday, 17 February 2019 21:47
KUALA LUMPUR: Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja membuka tirai persaingan bagi musim ini dengan juara bertahan Negeri Sembilan menang besar; dengan ining dan 130 larian ke atas Kedah di Kajang Oval pada 16 dan 17 Februari 2019.
Dengan pengumpulan ining pertama berjumlah 357-8, pasukan juara itu mudah meratahkan Kedah apabila hanya membenarkan skuad utara itu melakukan 117 dan 110 larian.
Kriket: Utara mudah atasi Selatan
Sunday, 25 November 2018 19:21

KUALA LUMPUR - Utara menyerlahkan kecemerlangan dengan memenangi kedua-dua perlawanan dua pertemuan 50 over dalam aksi kriket Utara menentang Selatan di Bayuemas Oval, Klang pada 25 November 2018.
Dalam perhitungan hari pertama 24 November 2018, Utara menang dengan 55 larian manakala 25 November, terus mengukuhkan penguasaan dengan kesungguhan menguasai pertemuan dengan 58 larian.
Perhitungan Utara-Selatan dipulihkan
Friday, 23 November 2018 17:11
BAYUEMAS OVAL (Klang) - Saingan Utara menentang Selatan dipulihkan semula sejak terhenti penganjuran pada 2004. Pertandingan diperkenalkan pada tahun 1994 bagi perebutan Perisai Tuanku Ja'afar (Yang Dipertua Kriket Melayu waktu itu).
Pertarungan ini dihentikan berikutan kurang mendapat sambutan tetapi kini dipertandingkan semula atas nasihat majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia setelah merehatkan semua program pembangunan nasional pada 16 Ogos 2017.
Pelajar UKM berterima kasih kepada Kriket Melayu
Friday, 09 November 2018 00:00
ENAM pemain kriket di pusat prestasi tinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menamatkan pengajian masing-masing dan mengharungi graduasi 12 November 2018.
Mereka ialah Nazri A. Rahman, Fikri Makram Rosdi, Noor Afif Saufee, Fauzan Malik, Che Wan Razlan Zalati dan Fitri Sham.
Bayuemas atasi Machang dengan tiga wiket
Sunday, 21 October 2018 16:54

KUALA LUMPUR - Bayuemas memastikan impian juara bertahan, Machang diranapkan apabila memenangi babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan tiga wiket di Bayuemas Oval 21 Oktober 2018.
Pasukan dari Selangor itu mengatasi angka Machang (Kelantan) dalam 14.4 over berikutan pukulan empat daripada Ridzuan Hafiz bagi menyempurnakan kecemerlangan untuk merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji.
Machang akan pastikan Bayuemas tersungkur
Friday, 19 October 2018 19:17
JUARA tahun lepas, Machang dari Kelantan akan memastikan pencabarnya dari Selangor, Bayuemas akan tersungkur dalam babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval 21 Oktober 2018.
Dengan tiga perempat pemain yang membarisi skuad tahun lepas, Machang yang dipimpin oleh jurulatih bengis, Zainuddin Harun merancang untuk meratah lawan dengan mudah; sekali gus memenangi kejuaraan bagi tahun ketiga berturut-turut.
Negeri Sembilan lakar sejarah julang Perisai Raja-Raja
Sunday, 09 September 2018 21:19

Bayuemas bersedia untuk jinakkan Machang 21 Oktober 2018
Saturday, 25 August 2018 18:08
KUALA LUMPUR - Naib juara tahun 2017, Bayuemas mara ke perlawanan akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan untuk bertemu juara bertahan Machang dari Kelantan pada 21 Oktober 2018.
Dalam kelayakan Kumpulan B, 25 Ogos 2018, Bayuemas dari Selangor membaham dua lagi pasukan; Parit Jawa (Johor) dan Ipoh di Bayuemas Oval.
Pasukan bawah 12 Machang masih perkasa
Saturday, 18 August 2018 18:03

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Machang dari Kelantan mara ke perlawanan akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan setelah membaham dua lagi pasukan dalam pusingan kelayakan Kumpulan A di Bayuemas Oval dekat sini 18 Ogos 2018.
Dalam perlawanan pertama, Machang menang tipis; dengan dua larian ke atas Kuala Langat. Seterusnya pasukan itu membenam Kampung Gelam dari Melaka dengan 107 larian. (Foto barisan Machang meraikan kecemerlangan)
Perisai Raja-raja kembali ke format silam
Friday, 17 August 2018 10:52
BAGI tahun 2018, saingan antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja kembali kepada format dua ining. Ia bermula pada tahun 1951 apabila perisai rebutan dihadiahkan oleh raja-raja Melayu.
Pertandingan format begini berlangsung sehingga tahun 1975. Mulai 1995, pertandingan dipulihkan setelah menjejaki perisai berharga ini tetapi format 50 over dipertandingkan.
Kriket Elit Bawah 12 masih diteruskan
Friday, 10 August 2018 20:12
KEJOHANAN Kirket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun 2018 akan berlangsung dalam dua sesi kelayakan.
Saingan kelayakan pertama pada 18 Ogos membabitkan Machang (Kelantan) selaku juara bertahan di samping Kuala Langat dari Selangor dan Kampung Gelam (Melaka).Kelayakan kedua pula berlangsung pada 25 Ogos juga di Bayuemas Oval dengan tiga lagi pasukan yang bakal berentap; Bayuemas dari Elangor, Parit Jawa (Johor) dan Ipoh.
More Articles...
Page 13 of 59