News
Bayuemas atasi Ipoh untuk kekalkan kejuaraan
Saturday, 08 June 2013 19:00
KLANG - Bayuemas terus mengungguli Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila membenam Ipoh dengan 27 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 8 Jun 2013.
Setelah dipaksa memukul oleh Ipoh, Bayuemas dari Selangor bermula dengan baik dengan kegarangan menguasai lapangan tengah terutama sekali menghasilkan 75 larian dalam gandingan wiket pertama.
Bayuemas lawan Ipoh dalam babak akhir
Friday, 07 June 2013 20:37
KLANG - Juara bertahan, Bayuemas dari Selangor meneruskan kemaraan ke babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan setelah menang mudah dengan sembilan wiket ke atas wakil Sabah, Kota Kinabalu di Bayuemas Oval di sini pada 7 Jun 2013.Bayuemas akan bertemu pendatang baru, Ipoh yang secara memeranjat menumbangkan Gemencheh dengan 28 larian dalam perlawanan sebelah petang juga di gelanggang sama.
Wakil Negeri Sembilan layak ke separuh akhir
Thursday, 06 June 2013 18:45
KUALA LUMPUR - Gemencheh memastikan tempat ke separuh akhir sekali gus mengetuai kumpulan B dengan kemenangan ketiga berturut-turut apabila menumpaskan Kota Kinabalu dengan 110 larian dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 6 Jun 2013.Dengan kemenangan besar itu, Gemencheh (Negeri Sembilan) akan menentang Ipoh dari Perak manakala juara bertahan, Bayuemas (Selangor) bertemu Kota Kinabalu (Sabah) dalam penentuan ke babak akhir. Kedua-dua perlawanan 25 over itu berlangsung di gelanggang antarabangsa di Bayuemas Oval.
Gemencheh, Bayuemas capai kemenangan lagi
Wednesday, 05 June 2013 18:55
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Bayuemas dari Selangor meneruskan rentak kemenangan apabila menang mudah tujuh wiket ke atas Ipoh dalam Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 5 Jun 2013.Turut sama mengiringi Bayuemas yang memenangi dua kemenangan berturut-turut ialah wakil Negeri Sembilan, Gemencheh yang menewaskan finalis tahun lalu, Kuala Langat dengan lima wiket di Kajang Oval.
Kota Kinabalu atasi Kuala Langat dengan 40 larian
Tuesday, 04 June 2013 18:40
KUALA LUMPUR - Finalis tahun lepas, Kuala Langat dari Selangor tewas mengejut kepada Kota Kinabalu dengan 40 larian dalam saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 4 Jun 2013.Gemencheh dari Negeri Sembilan pula menayang kegarangan dengan kemenangan enam wiket ke atas Parit Jawa; juga di gelanggang sama.
Pemain projek Kriket Melayu diberi amaran
Sunday, 12 May 2013 19:35
KLANG – Semua pemain dalam Projek Kriket Nasional dan Pusat Prestasi Tinggi diberi peringatan agar tidak mengingkari arahan persatuan sewaktu mengharungi program di sekolah atau di pusat pengajian tinggi.Berucap sewaktu merasmikan Persidangan Agung Tahunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia di Bayuemas Oval, dekat sini pada 12 Mei 2013, presidennya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pertubuhan itu tidak akan berkompromi dengan pemain yang tidak mengikuti sebarang arahan persatuan baik dalam penyertaan, kegiatan atau tingkah laku yang bermudarat.
Ipoh kembali selepas 10 tahun
Monday, 29 April 2013 13:20
Ipoh kali terakhir menyertai pertandingan pada pada 2003.
Dalam pertemuan kelayakan tiga penjuru itu, Pekan (Pahang) terkeluar daripada pertandingan setelah dibenam Ipoh dan Gemencheh dari Negeri Sembilan.
Sri Lanka menang besar untuk pertahan gelaran
Saturday, 13 April 2013 18:58
KUALA LUMPUR - Sri Lanka mengekalkan kejuaraan bagi tahun keenam berturut-turut dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan besar; 102 larian ke atas Afrika Selatan dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 13 April 2013.Afrika Selatan ternyata tersalah percaturan apabila memilih untuk memadang sesudah memenangi undian pada sesi pagi.
Afrika Selatan layak bertemu juara bertahan
Friday, 12 April 2013 22:13
KUALA LUMPUR - Sri Lanka mempertahankan kedudukan untuk mara ke babak akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan selesa; 123 larian ke atas Melayu Malaysia di Bayuemas Oval, Klang pada 12 April 2013.Juara bertahan itu akan bertemu Afrika Selatan (13 April) yang bernasib baik menang dengan satu wiket ke atas India dalam saingan di Kinrara Oval.
Sri Lanka kuasai pusingan awal
Wednesday, 10 April 2013 20:46
KUALA LUMPUR - Sri Lanka menamatkan pusingan awal Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan lima wiket ke atas Melayu Malaysia di Bayuemas Oval, Klang pada 10 April 2013.Dengan memenangi semua perlawanan pusingan awal, Sri Lanka selaku juara bertahan menduduki tangga teratas dengan India di tempat kedua.
Afrika Selatan atasi Melayu Malaysia
Tuesday, 09 April 2013 21:35
KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia terpaksa mengharungi kekalahan kedua apabila tumpas tujuh wiket kepada Afrika Selatan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 9 April 2013.Pilihan untuk memukul terdahulu apabila memenangi undian ternyata tidak memihak kepada tuan rumah apabila hanya mengumpulkan 118 dalam 38.5 over.
More Articles...
Page 38 of 60





