News
Tugasan penting dua timbalan setiausaha
Sunday, 24 August 2014 18:39

DUA timbalan setiausaha akan mengharungi tugas tambahan dalam pengurusan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sehingga tamat musim pentadbiran 2016.
M. Najib Hassan akan menumpukan tugasan dalam pentadbiran harian pertubuhan berkenaan di samping pemyusunan sokongan pemain kepada Persatuan Kriket Malaysia. Secara purata lebih dua pertiga daripada pemain pembangunan Kriket Melayu membarisi skuad utama nasional, skuad bawah 19 dan bawah 16 kebangsaan.
Sentul antara tiga pusat baru program bawah 12 tahun
Sunday, 24 August 2014 18:37
TIGA lagi pusat diwujudkan dalam Program Pembangunan Kriket Remaja khusus bagi pemain bawah 12 tahun.
Pusat berkenaan ialah Pantai Kundor (Melaka), Kelab PJ (Selangor) dan Sentul (Kuala Lumpur).
Clifford rangkul Perisai Tuanku Najihah
Saturday, 16 August 2014 18:07

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang mengungguli Cabaran Kriket Perempuan Nasional apabila menumbangkan Pattani dari Thailand dengan sembilan wiket dalam babak akhir di Bayuemas Oval, dekat sini pada 16 Ogos 2014.
Perlawanan berat sebelah yang memberi kelebihan kepada skuad dari Kuala Lipis untuk merangkul Perisai Tuanku Najihah itu hanya membenarkan Pattani melakukan 49 -9.
Pattani, Clifford berentap dalam babak akhir
Friday, 15 August 2014 16:16

KUALA LUMPUR - Pattani dari Thailand memastikan tempat ke babak akhir bertemu Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang pada 16 Ogos 2014 dalam Cabaran Kriket Perempuan Nasional bagi merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval, Klang.
Dalam pertemuan terakhir kumpulan pada 15 Ogos, :Pattani menewaskan SMK (Perempuan) Pudu dari Kuala Lumpur dengan lapan wiket.
Clifford benam SMK (P) Pudu
Thursday, 14 August 2014 17:56

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang menang besar; sepuluh wiket ke atas SMK (Perempuan) Pudu semalam (14 Ogos 2014) bagi mengekalkan rekod bersih memenangi semua perlawanan pusingan awal Cabaran Kriket Perempuan Nasional di Bayuemas oval dekat sini.
SMK (Perempuan) Pudu dari Kuala Lumpur hanya mengumpulkan 28 larian dalam 16.1 over dan angka berkenaan mudah dipintas Clifford dalam 3.4 over.
Clifford bergaya dengan kemenangan lagi
Wednesday, 13 August 2014 18:55
KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang mencorakkan tiga kemenangan berturut-turut untuk menumpaskan Pattani dari Thailand dengan 29 larian di Bayuemas oval dekat sini semalam (13 Ogos 2014) dan kini sudah mengesahkan tempat dalam babak akhir Cabaran Kriket Perempuan Nasional Sabtu ini.
Dalam perhitungan semalam, Clifford yang memukul terdahulu hanya mengumpulkan 98-9 tetapi Pattani cuma mengejar setakat 69 larian dalam 24.4 over.
Kemenangan bersemangat bagi Pattani
Tuesday, 12 August 2014 16:14
KUALA LUMPUR - Pattani dari Thailand menghidupkan peluang untuk terus bersaing ke babak akhir Cabaran Kriket Perempuan Nasional apabila menang mudah; sepuluh wiket ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu, Kuala Lumpur di Bayuemas Oval, dekat sini pada 12 Ogos 2014.
Setelah dibenam 35 larian kepada SMK Clifford pada pembukaan Ahad lepas, skuad Selatan Thai yang juga di bawah pembangunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia tenang untuk mengatasi Pudu hanya dalam 4.4 over. Pudu hanya melakukan 44-7 sewaktu memukul.
Clifford mudah ketepikan Pudu
Monday, 11 August 2014 15:29

KUALA LUMPUR - Dua kemenangan berturut-turut memastikan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis semakin hampir untuk bermain dalam babak akhir Cabaran Kriket Perempuan Nasional, Sabtu ini.
Dalam pertemuan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 11 Ogos 2014, Clifford yang membaham Pattani, Thailand sehari sebelum itu, menang mudah, 10 wiket ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu, Kuala Lumpur.
Clifford atasi Pattani dengan 35 larian
Sunday, 10 August 2014 19:05

Sembilan pemain Kriket Melayu beraksi di luar negara
Wednesday, 06 August 2014 14:37

Kuala Lipis juara baharu kriket elit
Saturday, 07 June 2014 19:34

KUALA LUMPUR - Kuala Lipis menyempurnakan impian merangkul kejuaraan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan kemenangan enam larian ke atas wakil Johor, Parit Jawa dalam babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 7 Jun 2014.
Wakil Pahang itu menjulang Perisai Tun Ahmad Sarji di samping turut memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan dan pemain terbaik babak akhir.
More Articles...
Page 32 of 59