www.malaycricket.org.my

Kedah dikejutkan dengan kekalahan besar lagi

Sunday, 03 March 2019 20:01

KUALA LUMPUR : Perlis ketawa besar dengan kemenangan mudah ke atas Kedah dalam pusingan awal Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval pada 2 hingga 3 Mac 2019.

Kedah yang tumpas kepada Negeri Sembilan dua minggu lepas kalah teruk dengan ining dan 92 larian dalam aksi berat sebelah di gelanggang antarabangsa terbaik Malaysia itu.

Baca lagi..

 

Tahniah Syed Saddiq tetapi jangan dengar sebelah pihak sahaja

Friday, 22 February 2019 09:27

PERSATUAN Kriket Malaysia (MCA) cukup bernasib baik. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mengumumkan Kinrara Oval diberi kelulusan khas untuk terus digunakan walaupun tempoh pajakan padang kriket itu tamat 31 Disember 2018.

Pajakan selama 15 tahun sejak 2003 diberi kepada MCA oleh Island & Peninsular Berhad bagi membolehkan pertubuhan itu mewujudkan sebuah padang kriket tetapi itu hanya sementara sahaja. Ketika itu padang bertaraf antarabangsa hanyalah Bayuemas Oval di Klang; dibina oleh Golden Hope Plantations Berhad kepada Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

Baca lagi..

 

Negeri Sembilan menang besar

Sunday, 17 February 2019 21:47

KUALA LUMPUR: Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja membuka tirai persaingan bagi musim ini dengan juara bertahan Negeri Sembilan menang besar; dengan ining dan 130 larian ke atas Kedah di Kajang Oval pada 16 dan 17 Februari 2019.

Dengan pengumpulan ining pertama berjumlah 357-8, pasukan juara itu mudah meratahkan Kedah  apabila hanya membenarkan skuad utara itu melakukan 117 dan 110 larian.

Baca lagi..

   

Kriket: Utara mudah atasi Selatan

Sunday, 25 November 2018 19:21

KUALA LUMPUR  - Utara menyerlahkan kecemerlangan dengan memenangi kedua-dua perlawanan dua pertemuan 50 over dalam aksi kriket Utara menentang Selatan di Bayuemas Oval, Klang pada 25 November 2018.

 

Dalam perhitungan hari pertama 24 November 2018, Utara menang dengan 55 larian manakala 25 November, terus mengukuhkan penguasaan dengan kesungguhan menguasai pertemuan dengan 58 larian.

Baca lagi..

 

Perhitungan Utara-Selatan dipulihkan

Friday, 23 November 2018 17:11

BAYUEMAS OVAL (Klang) - Saingan Utara menentang Selatan dipulihkan semula sejak terhenti penganjuran pada 2004. Pertandingan diperkenalkan pada tahun 1994 bagi perebutan Perisai Tuanku Ja'afar (Yang Dipertua Kriket Melayu waktu itu).

 

Pertarungan ini dihentikan berikutan kurang mendapat sambutan tetapi kini dipertandingkan semula atas nasihat majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia setelah merehatkan semua program pembangunan nasional pada 16 Ogos 2017.

Baca lagi..

   

Page 30 of 131