www.malaycricket.org.my

Kriket: Kelantan perlu jurulatih tambahan di Gua Musang

Saturday, 27 April 2019 19:26

PERSATUAN Kriket Negeri Kelantan akan memohon jurulatih tambahan untuk membangunkan lebih 100 pemain remaja di bawah program pembangunan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (TIP) di Gua Musang. 

Setiausaha Kriket Kelantan baharu, Ummi Mariza Che Ya tegas mengumumkan keperluan persatuannya dan akan menulis kepada Persatuan Kriket Malaysia untuk mendapatkan seorang jurulatih balingan bagi ditempatkan di Gua Musang Julai ini.

Baca lagi..

 

Saingan lebih terbuka ke babak akhir

Thursday, 25 April 2019 22:06

KUALA LUMPUR - Penentuan dua pasukan teratas untuk layak ke perlawanan akhir kriket antara negeri merebut Perisai Raja-Raja kini lebih terbuka.

Dalam perlawanan hujung minggu (20 & 21 April 2019), Perlis kalah dengan ining dan lapan larian kepada juara bertahan, Negeri Sembilan di Kajang Oval. Di Bayuemas Oval, Klang pula, Tentera menumbangkan Kedah dengan tujuh wiket.

Baca lagi..

 

Kriket Melayu laksana pelaburan besar

Sunday, 14 April 2019 18:51

KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan membentuk sebuah jawatankuasa khas khusus bagi meneroka peluang membeli hartanah untuk memuncakkan lagi pelaburan persatuan itu. 

Persidangan agung tahunan persatuan itu yang dipengerusikan oleh Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid 13 April 2019  telah mencadangkan timbalan yang dipertua Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob bagi mengetuai jawatankuasa itu di samping dua naib yang dipertua; Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin dan Datuk Mir Shahariman Shaharuddin.

Baca lagi..

   

Selangor pula kuasai kejohanan

Sunday, 07 April 2019 07:37

KUALA LUMPUR - Selangor menguasai pertemuan dengan Kedah dengan kemenangan ining dan 106 larian dalam Kjeohanan Kriket Antara Negeri di Bayuemas Oval pada 6 dan 7 April 2019.

Dengan kemenangan besar itu, saingan merebut Perisai Raja-Raja kini lebih terbuka dengan Selangor di tangga paling atas; 37.26 mata berbanding juara bertahan Negeri Sembilan; 35.57.

Baca lagi..

 

Perlis semakin hampiri Negeri Sembilan

Sunday, 17 March 2019 21:09

KUALA LUMPUR - Perlis semakin hampir untuk mengatasi Negeri Sembilan dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja walaupun sekadar seri dengan Tentera dalam saingan di Kajang Oval pada 16 dan 17 Mac 2019. 

Setakat ini, Negeri Sembilan yang memenangi kejuaraan tahun lalu mengutip 35.57 berbanding Perlis 34.13. Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan dalam ining pertama untuk mengesahkan kemenangan dengan enam wiket dalam perhitungan di Bayuemas Oval di Klang. 

Baca lagi..

   

Page 29 of 131