www.malaycricket.org.my
Peluang miliki topi Kriket Melayu terkini
Saturday, 13 September 2025 15:03

BERIKUTAN permintaan ramai, topi Kriket Melayu edisi terbaharu dikeluarkan dengan harga berpatutan sebagai cenderamata kepada penyokong termasuk ahli persatuan.
Ia dikeluarkan oleh Win Work Marketing; sebuah firma yang sememangnya pakar dalam membentuk dan menjual topi edisi terkini.
Tentera terlalu gagah dalam babak akhir
Sunday, 17 August 2025 22:17

KUALA LUMPUR - Tentera terlalu perkasa buat Pahang yang tersungkur dengan 231 larian dalam babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri di Kelab Aman, 17 Ogos 2025.
Walaupun memenangi undian dan cuba memancing lawan, Pahang menerima kejutan apabila gandingan wiket pertama Tentera menghasilkan 198 larian dalam 23.1 over.
Pahang boleh hampiri rekod 1956
Saturday, 16 August 2025 20:48

KUALA LUMPUR - Pahang semakin mencabar untuk memastikan usaha mempertahankan pencapaian tahun 1956 dan 1962 apabila layak ke babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja, 17 Ogos 2025 di Kelab Aman.
Dalam separuh akhir mendebar dan menakjubkan, Pahang menanfikan juara enam kali, Negeri Sembilan dengan enam wiket di Kelab Aman, 16 Ogos 2025.
Pahang bangkit dengan kemenangan besar
Thursday, 14 August 2025 17:37

KUALA LUMPUR - Pahang kembali dengan garang apabila membenam naib juara 2024, Sabah dengan 151 larian untuk menjuarai kumpulan sekali gus mara ke separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri.
Bagi pertarungan penentu nasib, Pahang yang terdahulu tumpas lapan wiket kepada Selangor telah menguasai pertemuan di Kelab Aman (14 Ogos 2025) apabila melakukan 219 larian dengan Areean Aref Zaharin memeranjatkan dirinya sendiri menerusi sumbangan 65 larian.
Tentera menang dalam 20 balingan
Wednesday, 13 August 2025 20:57

KUALA LUMPUR - Perlis menamatkan saingan Kejohanan Kriket Antara Negeri apabila kalah kepada Tentera dengan sepuluh wiket dalam pertemuan di Kiara Oval, 13 Ogos 2025.
Dengan hanya mengumpulkan 38 larian, skuad Tentera yang dibarisi pemain dan bekas pemain kebangsaan meranapkan wiket Perlis hanya dalam 19.4 over; seterusnya membalas dengan angka 41 tanpa tewas dalam 20 balingan.
More Articles...
Page 1 of 131