Westlands dan Kelab PJ menang besar

PEMUKUL Kota Bharu, Izzat Amer Zeinuddin menghayun pukulan dalam pertemuan menentang Kota Kinabalu di Kinrara Oval pada 15 Jun.KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kota Bharu hanya menang tipis, 16 larian dengan Kota Kinabalu pada hari pertama Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Kinrara Oval pada 15 Jun.

Dengan hanya memukul setakat 70 larian, nasib masih menyebelahi wakil Kelantan itu apabila lawan terhenti pukulan setakat 54 dalam 19.4 over.

Apa pun wakil Pulau Pinang, Westlands dan Kelab PJ dari Selangor masing-masing menang besar. Westlands memastikan Kuala Langat (Selangor) tumpas dengan 52 larian di Bayuemas Oval, Klang manakala Kelab PJ menumbangkan Kampung Gadong dari Negeri Sembilan dengan 117 larian.

Pertemuan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia turut menyediakan hadiah wang tunai lumayan.


KEPUTUSAN:
 
Pekan kalahkan Kuala Krai dengan 8 wiket.
Kuala Krai 66 (14 over)
Syaawal Nordin 8,  Baihaqi Azlan 8. Hafizuddin Zuhadi 4-16, Amdam Wiliyoh 3-9, Nizamudin Azhar 2-15.
Pekan 67-2 (10.4 over)
Amdam Wiliyoh kekal 30, Aiman Nurhahim 12.
Pemain terbaik: Amdam Wiliyoh (Pekan)
Pengadil: Hafiz Zaman Huri; Fauzi Ariffin.
 
Westlands kalahkan Kuala Langat dengan 52 larian.
Westlands 160-7 (25 over)

Shaunvinder Singh Furrah 59, Zulkhairi Che Mi 26, Daniel Putra Kamaruddin 15. Amirul Rashid Samad 2-19, Hasif Norhaizan 2-31.
Kuala Langat 108-9 (25 over) Azuan Nasir 15, Zulkhairi Che Mi 2-12, Shaunvinder Singh Furrah 2-17, Daniel Putra Kamaruddin 2-18.
Pemain terbaik: Shaunvinder Singh Furrah (Westlands)
Pengadil: Hafiz Zaman Huri; Fauzi Ariffin
 
Kota Bharu kalahkan Kota Kinabalu dengan 16 larian.
Kota Bharu 70 (18.1 over)
Fatah Ibrahim 14, Izzat Amir Zeinuddin 10.
Alfazir Mohammed Wazir Madjad 3-9, Safie Maiden 3-12, Trisman Rudi 2-10.
Kota Kinabalu 54 (19.4 over) Nadmer Bandan Rajah 15. Fahmi Azmin 3-11, Syafirul Azlim Daros 2-6, Irfan Hasim 2-11.
Pemain terbaik: Fahmi Azmin (Kota Bharu)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn; Aliman Ahmad
 
Kelab PJ kalahkan Kg. Gadong dengan 117 larian.
Kelab PJ 149-6 (25 over)

Hafizi Azami 32, Virandeep Singh 31. Islah Muhaimin Zol 2-19, Hadi Halem 2-26.
Kg. Gadong 32 (11.3 over) Roshan Senna Singh 5-19, Arjun Mahesh 2-0. Shahrul Taha 2-3.
Pemain terbaik: Roshan Senna Singh (Kelab PJ)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn; Aliman Ahmad

PEMUKUL Kota Bharu, Izzat Amer Zeinuddin menghayun pukulan dalam pertemuan menentang Kota Kinabalu di Kinrara Oval pada 15 Jun.

PEMUKUL Kota Bharu, Izzat Amer Zeinuddin menghayun pukulan dalam pertemuan menentang Kota Kinabalu di Kinrara Oval pada 15 Jun.