Kota Bharu masih mahu bergelar juara

KOTA BHARU akan memastikan mereka terus mengekalkan kejuaraan dalam Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan musim 2010.KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kota Bharu melaungkan amaran untuk mengekalkan kegarangan pada Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula Selasa ini hingga 20 Jun.
 
Penyelaras Kota Bharu, Zainuddin Harun berkata, skuad berkenaan membayangkan keyakinan untuk mara sekali lagi ke babak akhir dan tidak rela bergelar naib juara.
 
''Kami telah menyediakan sebuah pasukan yang benar-benar bersedia dengan ketangkasan masing-masing. Tunggu dan lihat keperkasaan kami,'' kata Zainuddin, seorang guru di SK Long Gafar yang ternama sebagai pusat cemerlang bagi sukan kriket di Kelantan.
 
Kota Bharu akan memastikan Perisai Tun Ahmad Sarji menjadi simpanan  untuk tahun kedua berturut-turut sekali gus memastikan kejuaraan ketiga setelah gelaran pertama dimenangi pada tahun 2006.
 
Dua pemain utama yang bakal menyinar ialah Zafarani Zalizan dan Khairul Husaini Rosli. Turut sama perlu diawasi lawan dalam kumpulan A ialah Amir Aizat Zainuddin dan Fatah Ibrahim.
 
Tiga lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan ialah Kelab PJ (Selangor), Kampung Gadong dari Negeri Sembilan dan Kota Kinabalu.
 
Kumpulan A dibarisi Pekan (Pahang), Westlands (Pulau Pinang), Kuala Langat (Selangor) dan Kuala Krai dari Kelantan.
 
Persatuan Kriket Melayu Malaysia sebagai penganjur turut menyediakan hadiah wang tunai lumayan. Dua gelanggang menjadi hos pertandingan iaitu Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong.

 
JADUAL KOTA BHARU
(Pusingan awal)

 
15 JUN:
Kota Bharu lwn Kota Kinabalu
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
16 JUN:
Kota Bharu lwn Kampung Gadong
(Bayuemas Oval, 2 petang)
 
17 JUN:
Kota Bharu lwn Kelab PJ
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
KOTA BHARU akan memastikan mereka terus mengekalkan kejuaraan dalam Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan musim 2010.
KOTA BHARU akan memastikan mereka terus mengekalkan kejuaraan dalam Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan musim 2010.

KHAIRUL HUSAINI ROSLI
KHAIRUL HUSAINI ROSLI

ZAFARANI ZALIZAN
ZAFARANI ZALIZAN