Westlands buru perancangan terbaharu

BARISAN Westlands dengan keyakinan untuk layak ke babak akhir perebutan Perisai Tun Ahmad Sarji tahun ini.KUALA LUMPUR - Wakil Pulau Pinang, Westlands merancang untuk mara ke babak akhir saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini setelah hanya berupaya layak setakat separuh akhir dalam tiga pertemuan sebelum ini.
 
Penyelaras Westlands, Khoo Khay Keat dari Sekolah Kebangsaan Seri Permai mengumumkan keazaman pasukan berkenaan setelah mengharungi empat sesi latihan pusat sebelum bertarung merebut Perisai Tun Ahmad Sarji tahun ini.
 
''Tahun ini kami merancang kejutan ke babak akhir,'' katanya.
 
Dengan kepemimpinan kapten pasukan, Shaunvinder Singh Furrah, Westlands turut diperkuatkan oleh pemain serba boleh, Pravintharan Kumar untuk menghitung nasib dalam kumpulan B bersama-sama naib juara tahun lepas, Pekan dan Kuala Langat serta Kuala Krai.
 
Satu lagi kumpulan dibarisi juara bertahan, Kota Bharu dari Kelantan, Kelab PJ (Selangor), Kampung Gadong (Negeri Sembilan) dan Kota Kinabalu dari Sabah.
 
Bagi Khoo, walaupun tiga lagi pasukan dianggap kental, Westlands yang dibarisi skuad bawah 12 Pulau Pinang dilatih oleh jurulatih Kriket Melayu dari Sri Lanka, Sarath Jayawardana yang berpusat dalam program Projek Kriket Nasional di SMK Penang Free.
 
Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999 itu akan berlangsung di dua gelanggang antarabangsa, Bayuemas Oval di Klang dan Kinrara Oval di Puchong.
 
JADUAL WESTLANDS
(Pusingan awal)

 
15 JUN:
Westlands lwn Kuala Langat
(Bayuemas Oval, 2 petang)
 
16 JUN:
Westlands lwn Kuala Krai
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
17 JUN:
Westlands lwn Pekan
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
BARISAN Westlands dengan keyakinan untuk layak ke babak akhir perebutan Perisai Tun Ahmad Sarji tahun ini.
BARISAN Westlands dengan keyakinan untuk layak ke babak akhir perebutan Perisai Tun Ahmad Sarji tahun ini.