Kampung Gadong kembali dengan keyakinan baru

SKUAD Kampung Gadong yang akan berentap dalam misi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji musim 2010.KUALA LUMPUR - Kampung Gadong yang terletak berhampiran Gunung Datuk di Rembau akan kembali bersaing dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini dengan keyakinan dapat memastikan kemaraan ke peringkat separuh akhir.
 
Setelah sepuluh tahun terlepas peluang beraksi dalam pertarungan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji, Kampung Gadong kali ini akan berganding tenaga dengan Gemencheh yang merupakan pusat utama Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999.
 
''Kami sudah bersedia dengan tiga fasa latihan kendalian Pengerusi Teknik Bawah 12 Negeri Sembilan, Zakri Aziz dan segala perancangan menunggu masa untuk menguji kegarangan lawan dalam kumpulan A terlebih dahulu,'' kata penyelaras pusat berkenaan, Faizal Rabani.
 
Dengan lima pemain matang terdiri daripada Aleeshman Hazarul Norhisham, Hadi Halim, Faiz Kamaruzaman, Syuaib Razali dan Islah M. Zol, peluang pasukan berkenaan untuk melepasi halangan awal mungkin tercapai.
 
Tiga lagi pasukan dalam kumpulan A ialah juara bertahan, Kota Bharu dari Kelantan; Kota Kinabalu (Sabah) dan Kelab PJ dari Selangor. Kumpulan B pula dibarisi Pekan (Pahang), Kuala Langat (Selangor), Westlands (Pulau Pinang) dan pendatang baru, Kuala Krai dari Kelantan.
 
Dua gelanggang bertaraf antarabangsa, Bayuemas Oval di Klang dan Kinrara Oval di Puchong menjadi hos pertandingan tahun ini.

 
 
JADUAL KAMPUNG GADONG
(Pusingan awal)

 
15 JUN:
Kampung Gadong lwn Kelab PJ
(Kinrara Oval, 2 petang)
 
16 JUN:
Kampung Gadong lwn Kota Bharu
(Bayuemas Oval, 2 petang)
 
17 JUN:
Kampung Gadong lwn Kota Kinabalu
(Kinrara Oval, 2 petang)

SKUAD Kampung Gadong yang akan berentap dalam misi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji musim 2010.

SKUAD Kampung Gadong yang akan berentap dalam misi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji musim 2010.

ALEESHMAN HAZARUL NORHISHAM... Antara pemain Kampung Gadong yang bakal menyinar.

ALEESHMAN HAZARUL NORHISHAM... Antara pemain Kampung Gadong yang bakal menyinar.