Tertekan tetapi Kota Kinabalu janjikan aksi terbaik

TRISMAN RUDI... Pembaling kidal.KUALA LUMPUR - Dengan dibarisi oleh dua pemain berpengalaman seperti Sudarmin Darwis dan Trisman Rudi, Kota Kinabalu mengharapkan dapat mengibarkan aksi lebih baik berbanding tahun lalu walaupun akan menghadapi tekanan daripada tiga lagi pasukan dalam kumpulan A Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini.
 
Bermain di dua gelanggang antarabangsa, Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong, Kota Kinabalu berazam mempamerkan aksi lebih garang berpandukan penumpuan maksimum daripada Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Persatuan Kriket Sabah.
 
''Dengan penampilan Trisman yang laju menyerbu dan Sudarmin yang merupakan penjaga wiket dan pemukul disegani, Kota Kinabalu berjanji akan memberikan lawan tugas sukar dalam saingan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji,'' kata Setiausaha Persatuan Kriket Sabah, Hatta Patombongi.
 
Semua 13 pemain yang akan bersaing kelak sedang mengharungi sesi latihan tersusun ke bawah pengawasan bekas pembuka balingan negara, Haerul Marsudin.  
 
Kumpulan A turut dibarisi oleh juara bertahan, Kota Bharu dari Kelantan, Kelab PJ (Selangor) dan Kampung Gadong (Negeri Sembilan).
 
Satu lagi kumpulan ialah Pekan dari Pahang, Westlands (Pulau Pinang), Kuala Langat (Selangor) dan Kuala Krai dari Kelantan.
 
JADUAL KOTA KINABALU
(Pusingan awal)

 
15 Jun:
Kota Kinabalu lwn Kota Bharu
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
16 Jun:
Kota Kinabalu lwn Kelab PJ
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
17 Jun:
Kota Kinabalu lwn Kg. Gadong
(Kinrara Oval, 2 petang)
 

TRISMAN RUDI... Pembaling kidal.
TRISMAN RUDI... Pembaling kidal.

SUDARMIN DARWIS... Penjaga wiket.
SUDARMIN DARWIS... Penjaga wiket.

IZWIN ISMAIL... Seorang lagi pembaling separuh pantas.
IZWIN ISMAIL... Seorang lagi pembaling separuh pantas.