Pekan enggan bercakap besar

Skuad Pekan yang bakal menghitung nasib pada Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini.KUALA LUMPUR - Naib juara tahun lalu, Pekan hanya menjanjikan keyakinan setakat separuh akhir walaupun pasukan berkenaan letakkan sebagai pilihan dalam saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini di Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong.
 
Pasukan berkenaan yang menggandingkan tiga sekolah, SMK Seri Pekan, SK Indera Shahbandar di Pekan dan SK Kerambit di Kuala Lipis juga akan merasai bahang tekanan dalam kumpulan B bersama Westlands dari Pulau Pinang, Kuala Langat (Selangor) dan Kuala Krai dari Kelantan.
 
Lapan pasukan terbaik daripada Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia diundang berentap untuk merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji serta hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM5,000.
 
Jurulatih Pekan, Aizuddin CM Roplan yang berasal dari Perak berkata, pemain tahun lepas, Amdam Wiliyoh dipilih sebagai kapten dan turut memperkuatkan pasukan ialah pemain gempal, Noor Azizul A. Manan.
 
''Mungkin tahun ini, Pekan tidak dapat mengulangi kecemerlangan seperti pasukan juara pada tahun 2005 dan 2007; apa pun pasukan ini dirasakan berkemampuan mengekalkan pencapaian setakat empat pasukan terbaik,'' katanya.
 
Kumpulan A dibarisi Kota Bharu dari Kelantan, Kelab PJ (Selangor), Kampung Gadon (Negeri Sembilan) dan Kota Kinabalu dari Sabah.
 
JADUAL PEKAN
(Pusingan awal)

 
15 Jun:
Pekan lwn Kuala Krai
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
16 Jun:
Pekan lwn Kuala Langat
(Kinrara Oval, 2 petang)
 
17 Jun:
Pekan lwn Westlands
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
Skuad Pekan yang bakal menghitung nasib pada Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini.
Skuad Pekan yang bakal menghitung nasib pada Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini.

AMDAN WILIYOH... Kapten Pekan.
AMDAN WILIYOH... Kapten Pekan.

NOOR AZIZUL A. MANAN... Pemain gempal yang mampu diharapkan.
NOOR AZIZUL A. MANAN... Pemain gempal yang mampu diharapkan.