Satu kemenangan sudah cukup bagi Kuala Krai

BARISAN Kuala Krai yang bakal membawa cabaran tahun 2010.KUALA LUMPUR  - Pendatang baru, Kuala Krai dari Kelantan tidak meletakkan keazaman tinggi pada penyertaan sulung mereka tetapi sekadar memburu sekurang-kurang satu kemenangan pada saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini di Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong.
 
Empat tahun sebelum ini, daerah berkenaan bergandingan dengan skuad Kota Bharu mengharungi pertarungan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji dan hasilnya, pakatan kedua-dua pasukan itu telah menjulang kejuaraan sebanyak dua kali.
 
''Satu kemenangan tahun ini sudah cukup untuk menyemarakkan Kuala Krai membawa cabaran lagi  tahun hadapan,'' kata jurulatihnya, Zaki Malik.
 
Sejak berpeluang menumpang nama Kota Bharu mulai tahun 2006, Kuala Krai telah melahirkan dua pemain dalam skuad peringkat usia Malaysia. Mereka ialah pembaling skuad bawah 16 negara, Nasiruddin Mazlan dan pembuka pukulan pasukan itu, Che Wan Razlan Zalati. Kedua-dua pemain ini berada dalam kumpulan Projek Kriket Nasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free.
 
Tahun ini, Kuala Krai pasti tertekan dengan tiga lagi pasukan dalam kumpulan B iaitu naib juara tahun lepas, Pekan bersama-sama Kuala Langat (Selangor) dan Westlands dari Pulau Pinang.
 
''Kami mengharapkan dua tenaga utama, Salsabila Ibrahim dan Baihaqi Azlan untuk memastikan persembahan seimbang.
 
Pasukan dalam kumpulan A ialah Kota Bharu sebagai juara bertahan manakala tiga lagi pasukan ialah Kota Kinabalu (Sabah), Kampung Gadong (Negeri Sembilan) dan Kelab PJ (Selangor).
 
Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia juga menyediakan hadiah wang untuk empat pasukan terbaik.

 
JADUAL KUALA KRAI
(Pusingan awal)

 
15 Jun:
Kuala Krai lwn Pekan
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
16 Jun:
Kuala Krai lwn Westlands
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
17 Jun:
Kuala Krai lwn Kuala Langat
(Bayuemas Oval, 2 petang)

BARISAN Kuala Krai yang bakal membawa cabaran tahun 2010.

BARISAN Kuala Krai yang bakal membawa cabaran tahun 2010.

BAIHAQI AZLAN

BAIHAQI AZLAN

SALSABILA IBRAHIM

SALSABILA IBRAHIM