Kuala Langat mahu ratah lawan

PENYELARAS Kuala Langat, Jacob Mathews (tengah) bergambar dengan pemain yang bakal menyinar dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun 2010.KUALA LUMPUR - Setelah dua musim tidak berpeluang mengambil bahagian, skuad Kuala Langat kembali menyertai Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini dengan tekad merampas Perisai Tun Ahmad Sarji.
 
Penyelaras Kuala Langat, Jacob Mathews dengan yakin menjanjikan komitmen tinggi itu berpandukan prestasi semasa anak-anak buahnya setelah mengharungi beberapa pertandingan peringkat daerah dan negeri baru-baru ini.
 
''Kami telah memenangi dua kejuaraan sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1999 dan tidak mustahil tahun ini kejuaraan ketiga akan dirangkul skuad daerah Kuala Langat ini,'' katanya.
 
Kuala Langat berkongsi kejuaraan pada tahun 1999 manakala tahun berikutnya membaham Sungai Petani untuk merangkul kejuaraan mutlak.
 
Walaupun akan menghadapi Pekan dalam kumpulan B bersama-sama Kuala Krai (Kelantan) dan wakil Pulau Pinang, Westlands, skuad dari Selangor itu yakin akan melepasi pusingan awal  walaupun bakal menghadapi bahang tekanan daripada ketiga-tiga pasukan yang disegani itu.
 
Kuala Langat membariskan pemain serba boleh garang, Ainol Zikri Zailan untuk menguasai lapangan tengah dalam pertandingan tahun ini.
 
Di samping pemain berbadan tegap itu, dua lagi tenaga yang perlu diawasi lawan ialah pembaling separuh pantas, Amirul Rashid yang turut akan dibantu oleh pemutar kanan, Hasif Norhaizan.
 
Kumpulan A dibarisi juara bertahan, Kota Bharu dari Kelantan di samping Kelab PJ (Selangor), Kampung Gadong (Negeri Sembilan) dan Kota Kinabalu dari Sabah.
 
Hadiah wang tunai lumayan disediakan penganjur, Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

 
JADUAL KUALA LANGAT:
(Pusingan awal)

 
15 Jun:
Kuala Langat lwn Westlands
(Bayuemas Oval, 2 petang)
 
16 Jun:
Kuala Langat lwn Pekan
(Kinrara Oval, 2 petang)
 
17 Jun:
Kuala Langat lwn Kuala Krai
(Bayuemas Oval, 2 petang)

AINOL FIKIR ZAILAN... Pemain serba boleh yang bakal menggugat barisan lawan.
AINOL FIKIR ZAILAN... Pemain serba boleh yang bakal menggugat barisan lawan.

ANTARA pemain yang bakal menyinar bersama guru kriket masing-masing.
ANTARA pemain yang bakal menyinar bersama guru kriket masing-masing.

PENYELARAS Kuala Langat, Jacob Mathews (tengah) bergambar dengan pemain yang bakal menyinar dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun 2010.
PENYELARAS Kuala Langat, Jacob Mathews (tengah) bergambar dengan pemain yang bakal menyinar dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun 2010.

DUA lagi pemain utama Kuala Langat, Amirul Rashid (kiri) dan Hasif Norhaizan.
DUA lagi pemain utama Kuala Langat, Amirul Rashid (kiri) dan Hasif Norhaizan.

AMIRUL RASHID... bintang dari Sekolah Kebangsaan Bandar di Banting yang dipilih membarisi daerah Kuala Langat.
AMIRUL RASHID... bintang dari Sekolah Kebangsaan Bandar di Banting yang dipilih membarisi daerah Kuala Langat.

HASIF NORHAIZAN... Melakukan aksi tahanan depan sewaktu berlatih di SK Seri Lanang, Banting.
HASIF NORHAIZAN... Melakukan aksi tahanan depan sewaktu berlatih di SK Seri Lanang, Banting.