Kriket Perisai Raja-Raja - Hari Ke-4

Kedah tumpas tanpa turun menghitung nasib

Tentera cemas sebelum layak

 

SHUKRI RAHIM... aksi hebat di Bayuemas Oval dengan 39 larian tanpa tewas.

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Tentera bernasib baik melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja untuk mengulangi aksi tahun lalu apabila Negeri Sembilan gagal menyempurnakan sasaran tinggi lawan pada pertemuan di Bayuemas Oval, Klang hari ini.

 

Dengan sasaran 156 untuk menang dalam 36 over dilihat bukan mudah bagi Tentera pada peringkat awal, Negeri Sembilan yang melakukan 153-7 dalam sesi memukul akhirnya tumbang dengan enam wiket. Tentera memastikan matlamat dicapai dalam hanya 34.5 over.

 

Lain pula di UKM Oval yang menyaksikan harapan Kedah berkubur apabila tersingkir tanpa turun beraksi. Gelanggang perlawanan yang becak berikutan hujan pada sebelah pagi menghadiahkan kemenangan kepada tuan rumah, Selangor-UKM yang berkedudukan tangga atas Kumpulan B.

 

Negeri Sembilan yang memukul hanya dalam 41 over setelah hujan lebat membasahi oval ternama itu membayangkan harapan awal apabila lawan dipaksa memukul dengan sasaran tinggi.

 

Dua pemain nasional, Shukri Rahim (kekal 39) dan Ariffin Ramly (27 tanpa tewas) memastikan skuad berkenaan mara lagi ke perlawanan akhir esok.

 

‘’Bukan mudah untuk mempertahankan kejuaraan tetapi kami telah menyemarakkan semangat pemain untuk bergaya lagi,’’ kata Pengerusi Kriket Angkatan Tentera, Lt. Kol. Gerard Denis Singam.

 

‘’Selangor-UKM pula terlalu mengharapkan kejuaraan pertama dalam pertandingan besar dan kami sedia merancang kejutan dalam saingan akhir.

 

‘’Jurulatih Haris (Abu Baker) telah bersepakat untuk memastikan barisan muda kami dapat bermain dengan baik,’’ kata pengurus Selangor-UKM, Fairus Shafie.

 

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR:

    

Tiada keputusan pertemuan antara Selangor-UKM dengan Kedah kerana padang tidak sesuai untuk perlawanan.

Selangor-UKM layak ke babak akhir berikutan kedudukan pertama dalam Kumpulan B.

 

Tentera kalahkan Negeri Sembilan dengan 6 wiket.

Ining Negeri Sembilan terhenti setakat 41 over kerana gangguan hujan. Ining Tentera dikurangkan kepada 36 over dengan sasaran 156 untuk menang.

   

Negeri Sembilan 153-7 (41. over) Aminudin Ramly 44, Masrulnizam Masrom 20, Fendi Alias kekal 16. Shukri Rahim 3-19, Fhadli Ishak 3-30.

Tentera 158-4 (34.5). Said Halimin Hasbi 48, Shukri Rahim kekal 39, Ariffin Ramly kekal 27, Anwar Arudin 24. Nik Azril Ariffin 2-23, Hafiz Zaman Huri 2-36.

Pemain terbaik: Shukri Rahim (Tentera)

 

BABAK AKHIR - 8 MAC 2009

 

Tentera lwn Selangor-UKM

(Bayuemas Oval, 10 pagi)

 

SHUKRI RAHIM... aksi hebat di Bayuemas Oval dengan 39 larian tanpa tewas.

SHUKRI RAHIM... aksi hebat di Bayuemas Oval dengan 39 larian tanpa tewas.

 

ANWAR ARUDIN... bergaya dengan 24 larian untuk Tentera di Bayuemas Oval 7 Mac 2009.

ANWAR ARUDIN... bergaya dengan 24 larian untuk Tentera di Bayuemas Oval 7 Mac 2009.