Aksi berkualiti bagi musim ke-12

SKUAD Kota Bharu yang merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji tahun 2009. KUALA LUMPUR - Saingan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji bagi memburu mahkota kejuaraan kriket bawah 12 kebangsaan yang bermula 15 hingga 20 Jun ini akan berlangsung dengan penyenaraian semula lapan pasukan terbaik dalam program pembangunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

Wakil Negeri Sembilan disenaraikan semula dengan penampilan Kampung Gadong dari Rembau manakala sebuah lagi wakil aktif dari Kelantan, Kuala Krai yang sentiasa bergabung dengan Kota Bharu dibenarkan bertarung menggunakan nama sendiri.

Tanpa wakil dari Kuala Lumpur, sebuah lagi pusat aktif yang lama menyepi, Kuala Langat turut kembali dengan melaungkan amaran untuk menguasai pertandingan yang akan berlangsung di Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval, Puchong.

‘’Lapan pasukan menghitung peluang dan kami dapat merasakan pertarungan akan lebih terbuka dan mendebarkan setelah prestasi pasukan masing-masing semakin matang walaupun berada dalam kelompok bawah 12 tahun,’’ kata Naib Yang Dipertua Kriket Melayu, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin.

Juara bertahan, Kota Bharu yang terlalu garang tahun lepas belum pasti dapat mengekalkan kewibawaan terutama sekali kehadiran Kuala Langat dan Kampung Gadong yang benar-benar diyakini dapat menggegar keutuhan pasukan pilihan musim 2010.

‘’Selepas 12 tahun mengharungi pertandingan bagi merebut perisai yang ditempah khas dari England ini, tahun 2010 dilihat musim yang sukar melakukan pilihan.

‘’Berdasarkan laporan daripada barisan jurulatih professional kami yang melakukan pemantauan, rata-rata lapan pasukan yang menyertai berkeupayaan dari segenap sudut. Aksi tahun ini pasti berkualiti,’’ kata Mir Shahariman.

Kota Bharu mengetuai kumpulan A bersama Kelab PJ (Selangor), Kampung Gadong (Negeri Sembilan) dan Kota Kinabalu dari Sabah. Kumpulan satu lagi membariskan naib juara tahun lepas, Pekan (Pahang) bersama Westlands (Pulau Pinang), Kuala Langat (Selangor) dan  Kuala Krai.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia sebagai penganjur akan menyediakan ganjaran wang tunai berjumlah RM5,000 kepada pasukan berkemampuan.


KUMPULAN A
Kota Bharu (Kelantan)
Kelab PJ (Selangor)
Kampung Gadong (N. Sembilan)
Kota Kinabalu (Sabah)

KUMPULAN B
Pekan (Pahang)
Westlands (Pulau Pinang)
Kuala Langat (Selangor)
Kuala Krai (Kelantan)

JADUAL
15 Jun:
Pekan lwn Kuala Krai (Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
Westlands lwn Kuala Langat (Bayuemas Oval, 2 petang)
Kota Bharu lwn Kota Kinabalu (Kinrara Oval, 9.30 pagi)
Kelab PJ lwn Kg. Gadong (Kinrara Oval, 2 petang)

16 Jun:
Kota KInabalu lwn Kelab PJ (Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
Kg. Gadong lwn Kota Bharu (Bayuemas Oval, 2 petang)
Kuala Krai lwn Westlands (Kinrara Oval, 9.30 pagi)
Kuala Langat lwn Pekan (Kinrara Oval, 2 petang)

17 Jun:
Pekan lwn Westlands (Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
Kuala Langat lwn Kuala Krai (Bayuemas Oval, 2 petang)
Kota Bharu lwn Kelab PJ (Kinrara Oval, 9.30 pagi)
Kg. Gadong lwn Kota Kinabalu (Kinrara Oval, 2 petang)

18 Jun:
Rehat

19 Jun:
Separuh akhir
Juara A lwn naib johan B (Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
Johan B lwn naib juara A (Bayuemas Oval, 2 petang)

20 Jun:
Babak akhir mulai 10 pagi di Bayuemas Oval

PEMAIN Westlands, Zarith Azrain Harris Andria bergaya untuk menyelamatkan bola daripada melepasi garis sempadan dalam pertemuan di Bayuemas Oval tahun 2009.

PEMAIN Westlands, Zarith Azrain Harris Andria bergaya untuk menyelamatkan bola daripada melepasi garis sempadan dalam pertemuan di Bayuemas Oval tahun 2009.

FAIZ AHMAD NASIR dari Kota Bharu bergaya dengan pukulan sisi dan diisytiharkan sebagai pemain terbaik kejohanan musim 2009.

FAIZ AHMAD NASIR dari Kota Bharu bergaya dengan pukulan sisi dan diisytiharkan sebagai pemain terbaik kejohanan musim 2009.

SKUAD Kota Bharu yang merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji tahun 2009.

SKUAD Kota Bharu yang merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji tahun 2009.

WAKIL Kota Bharu, Zainuddin Harun bergembira setelah skuad Kota Bharu menjuarai pertandingan 2009.

WAKIL Kota Bharu, Zainuddin Harun bergembira setelah skuad Kota Bharu menjuarai pertandingan 2009.