Kriket: Ramai sertai sesi latihan di Banting

ABDUL Talib Hamid melakukan pukulan pada majlis perasmian sesi latihan kriket di SK Klanang, Banting baru-baru ini.BANTING - Seramai 62 pemain bawah 12 tahun dari empat sekolah di sekitar Kuala Langat menyertai latihan berkelompok dalam Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia mulai 11 hingga 16 Mei di padang Sekolah Kebangsaan Klanang di sini.
 
Pegawai Pelajaran Daerah, Abdul Talib Hamid merasmikan sesi latihan berkenaan yang turut dihadiri oleh pegawai pembangunan dan teknikal Kriket Melayu, Haris Abu Baker.
 
Penyelaras pembangunan Kriket Melayu di Kuala Langat, Jacob Mathews berkata, sesi latihan berkenaan juga akan memastikan jumlah pemain yang layak menyertai Projek Kriket Nasional - Pembangunan tahun depan di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur, SMK Penang Free dan SMK Tinggi Kajang.
 
Turut sama dinilai ialah prestasi peserta perempuan yang mungkin dapat diserapkan dalam projek peringkat negeri di SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur dan SMK (P) Pudu di Kuala Lumpur.
 
Haris yang mengendalikan sesi latihan berkenaan berkata, kumpulan seramai 62 orang itu adalah adalah kehadiran paling ramai dalam sesi latihan pusat-pusat di bawah naungan Kriket Melayu itu. Empat sekolah yang terbabit secara langsung ialah SK Klanang, SK Bandar, SK Bukit Changgang dan SK Bandar Banting.
 
Lain-lain pusat kendalian pertubuhan berkenaan di seluruh negara ialah Sungai Layar (Kedah), Westlands (Pulau Pinang), Kelab PJ, Sungai Besar (Selangor), Gemencheh, Kampung Gadong (Negeri Sembilan), Pekan, Kerambit (Pahang), Kota Bharu, Lereh (Melaka), Kuala Krai (Kelantan), Bukit Petaling (Kuala Lumpur), Parit Jawa (Johor) dan Kota KInabalu (Sabah).
 
ABDUL Talib Hamid melakukan pukulan pada majlis perasmian sesi  latihan kriket di SK Klanang, Banting baru-baru ini.
ABDUL Talib Hamid melakukan pukulan pada majlis perasmian sesi latihan kriket di SK Klanang, Banting baru-baru ini.