Singapura diaibkan, Malaysia kalah tipis

PEMUKUL keenam Malaysia, Zul Hairy Jumakatim bersedia menerima serbuan pembaling Afrika Selatan dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 31 Mac. Pemain berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free itu menyumbangkan 60 larian.  KUALA LUMPUR - Afrika Selatan menang tipis dua wiket ke atas Malaysia di Bayuemas Oval, Klang pada 31 Mac  tetapi skuad negara berpeluang membalas dendam kekalahan itu apabila kedua-dua pasukan bertemu semula dalam pusingan kedua Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di gelanggang sama 2 April ini.
 
Lain pula di Kinrara Oval, perancangan Singapura untuk melakar kejutan ke atas Sri Lanka  langsung tidak tercapai malah diaibkan apabila skuad berkenaan hanya dibenarkan mengumpul angka terlalu rendah; 16 larian.
 
Malaysia yang memenangi undian dan memilih untuk memukul tidak memperoleh banyak kelebihan apabila wiket demi wiket diranahkan sehinggalah gandingan wiket kelapan antara Zul Hairy Jumakatim (60) dengan Anwar A. Rahman (14) menghasilkan kemantapan berjumlah 74 larian.
 
''Angka 179 yang dikumpulkan Malaysia dianggap memadai untuk memaksa lawan berkerja keras tetapi ketumpulan serbuan dan aksi memadang yang kurang kemas membolehkan Afrika Selatan mengatasi Malaysia,
 
''Cuti sehari esok (1 April) pasti memaksa jurulatih, Sarath (Jayawardana), Mortuza (Raihan) dan Sujeewa (Gunaratne)  menilai pelbagai kelemahan,'' kata pengurus Malaysia, Balakrishnan TN Nair.
 
Kegarangan Sri Lanka terutama sekali kepantasan serbuan pembuka balingan, Roshan Anuruddha (4-12) dan Binura Fernando (5-3) telah berjaya memulangkan sembilan pemukul Sri Lanka ke astaka.
 
''Tiada belas kasihan. Ini merupakan pertandingan dan semua anggota pasukan mesti melakukan yang terbaik,'' kata ketua kontinjen Sri Lanka, Kapila Jayalath.


KEPUTUSAN

Sri Lanka kalahkan Singapura dengan 9 wiket.
Singapura 16 (10.2 over)

Binura Fernando 5-3, Roshan Anuruddha 4-12.

Sri Lanka 19-1 (3.4 over)
Chathuranga Rajapaksha kekal 13.

Pemain terbaik: Binura  Fernando (Sri Lanka)


Afrika Selatan kalahkan dengan Malaysia dengan 2 wiket
Malaysia 179 (38.4 over)

Zul Hairy Jumakatim 60, Azwar Tajri 29, Pasha Shafiq Ali 15, Anwar A. Rahman 14; Ezzart Ishmail 4-24, Chad Africa 2-9, Gregory Oliver 2-30.

Afrika Selatan 180-8 (35.4 over)
Chad Johnson 63, Matthew Christensen 30, Clyde Fortuin 16; Niroshan de Silva 4-44.

Pemain terbaik : Chad Johnson (Afrika Selatan)

JADUAL 2 APRIL
(Pusingan kedua)


Sri Lanka lwn Singapura
(Kinrara Oval, 10 pagi)

Afrika Selatan lwn Malaysia
(Bayuemas Oval, 10 pagi)

PEMUKUL keenam Malaysia, Zul Hairy Jumakatim bersedia menerima serbuan pembaling Afrika Selatan dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 31 Mac. Pemain berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan  Penang Free itu menyumbangkan 60 larian.

PEMUKUL keenam Malaysia, Zul Hairy Jumakatim bersedia menerima serbuan pembaling Afrika Selatan dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 31 Mac. Pemain berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free itu menyumbangkan 60 larian. 

-

-

-

-

-

-