Singapura baham Afrika Selatan

PEMBALING Malaysia, Azwar Tajri (kiri) terlalu kecewa apabila bola hasil serbuannya gagal ditangkap penjaga wiket, Fauzan Malik sewaktu pertemuan dengan Sri Lanka di Bayuemas Oval pada 30 Mac.KUALA LUMPUR – Satu lagi keputusan memeranjatkan diukir pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila Singapura mengatasi Afrika Selatan dengan 12 larian di Kinrara Oval pada 30 Mac yang menyaksikan semua empat pasukan yang bersaing masing-masing memiliki dua mata.

Peluang terbuka keempat-empat pasukan akan ditentukan keesokan harinya apabila Malaysia yang tumpas teruk kepada Sri Lanka dengan 144 larian di Bayuemas Oval semalam bertemu Afrika Selatan manakala Singapura mengharapkan satu lagi kejutan untuk memastikan saingan pusingan kedua Jumaat ini akan lebih mudah diharungi.

Singapura yang memenangi undian dan memilih untuk memukul hanya terdaya setakat 90 larian tetapi kembali garang untuk menghentikan pukulan Afrika Selatan pada angka 78 berikutan kegarangan pemutar, Abiraj Rajdeep Singh dan Abihinav Raman yang masing-masing memperoleh empat dan tiga wiket lawan.

Berpandukan kedudukan, Sri Lanka di tangga atas dengan purata larian bersih 1.51, kedua Afrika Selatan, 0.13. Singapura di tangga ketiga dengan -0.25 dan Malaysia tercorot dengan -1.39.

Setelah tumbang kepada Afrika Selatan dengan enam wiket pada 29 Mac, Sri Lanka garang untuk membaham Malaysia telah melakukan 230-8 dalam peruntukan over maksimum. Malaysia gagal bertahan lama dan terhenti pukulan setakat 86 dalam 26.5 over.

‘’Memang tugas besar menunggu skuad negara. Kami akan memastikan empat pemutar menguasai oval esok (hari ini) bagi menentukan sama ada Malaysia berupaya

menduduki tangga yang lebih selesa sebelum ke pusingan kedua,’’ kata pengurus Malaysia, Balakrishnan TN Nair.


KEPUTUSAN

Singapura kalahkan Afrika Selatan dengan 12 larian.
Singapura 90 (34.2 over)

Abiraj Rajdeep Singh 17, Archit Goenka 11; John-Joshua Bowers 4-21, Ammar Abrahams 3-11

Afrika Selatan 78 (24.1)
John-Joshua Bowers 22, Junaid Teladia 15, Clyde Fortuin 14; Abiraj Rajdeep Singh 4-8, Abihinav Raman 3-10.

Pemain terbaik: Abiraj Rajdeep Singh (Singapura)


Sri  Lanka kalahkan Malaysia dengan 144 larian.
Sri Lanka 230-8 (40 over)

Roshan Anuruddha kekal 67, Chamika Fernando 41, Ron Chandraguptha 36, Binura Fernando 25; Wafiq Irfan Zarbani 3-46, Niroshan de Silva 2-42.

Malaysia 86 (26.5)
Azwar Tajri 26, Khairul Izuan Razman  21; Ramesh Mendis 3-7, Binura Fernando 3-11, Roshan Anuruddha 3-35

Pemain terbaik: Roshan Anuruddha (Sri Lanka)

JADUAL 31 MAC
Malaysia  lwn Afrika Selatan

(Bayuemas Oval, 10 pagi)

Sri Lanka  lwn Singapura
(Kinrara Oval, 10 pagi)

PEMBALING Malaysia, Azwar Tajri (kiri) terlalu kecewa apabila bola hasil serbuannya gagal ditangkap penjaga wiket, Fauzan Malik sewaktu pertemuan dengan Sri Lanka di Bayuemas Oval pada 30 Mac.

PEMBALING Malaysia, Azwar Tajri (kiri) terlalu kecewa apabila bola hasil serbuannya gagal ditangkap penjaga wiket, Fauzan Malik sewaktu pertemuan dengan Sri Lanka di Bayuemas Oval pada 30 Mac.

-

-

-