Malaysia, Afrika Selatan menang

PENJAGA wiket Malaysia, Che Wan Razlan Zalati (kiri) cuma dapat memerhati bola laju menuju garis sempadan sewaktu pertemuan dengan Singapura di Bayuemas Oval pada 29 Mac.KUALA LUMPUR - Malaysia selesa dengan kemenangan tujuh wiket ke atas Singapura dalam perlawanan hari pertama Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 29 Mac tetapi juara bertahan, Sri Lanka digegar dengan kekalahan enam wiket kepada Afrika Selatan di Kinrara Oval.
 
Bermula dengan aksi memadang, Malaysia telah menghadiahkan puluhan lebihan untuk memberikan ruang kepada negara jiran itu mengumpulkan 145-7 dalam 40 over tetapi berupaya menamatkan sasaran menerusi gandingan wiket keempat berjumlah 89 larian.
 
Keberkesanan gandingan Azwan Idris (57 tanpa tewas) dan Fauzan Malik (kekal 37) mengheret angka Malaysia pada kedudukan 59 ke pungutan 148-3 sekali gus melegakan tuan rumah sebelum mengharungi pertemuan berikutnya menentang Sri Lanka, pada 30 Mac di Bayuemas Oval.
 
''Kami mengharapkan keputusan baik esok (30 Mac) tetapi Sri Lanka yang kehilangan mata dalam pertemuan pertama pasti memuncakkan perjuangan,'' kata pengurus Malaysia, Balakrishnan TN Nair.
 
Sri Lanka terlalu tertekan dengan hanya mengumpulkan 115 larian dalam pertemuan menentang pendatang baru, Afrika Selatan.  Ketua pasukan, Kusal Mendis mengetuai senarai pemukul dengan angka 30.
 
Afrika Selatan menamatkan perlawanan dengan 118-4 dalam 32.5 over untuk memastikan kecemerlangan dapat diteruskan apabila menentang Singapura di Kinrara Oval pada 30 Mac.

 
KEPUTUSAN

Malaysia kalahkan Singapura dengan 7 wiket
Singapura 145 -7 (40 over)

Abhiraj Rajdeep Singh 53, Soham Ahuja 20, Chirath Gunasinghe 13; Khairul Izuan Razman 3-23, Anwar A. Rahman 2-24.

Malaysia 148-3 (31 over)
Azwan Idris kekal 57, Fauzan Malik kekal 37, Che Wan Razlan Zalati 17, Noor Afif Saufee 12.

Pemain terbaik : Azwan Idris ( Malaysia )

Pengadil: Bertle Alex James & Shafizan Shahriman

 
Afrika Selatan kalahkan Sri Lanka dengan 6 wiket
Sri Lanka 115 (31.5 over)

Kusal Mendis 30, Roshan Anurudhdha kekal 23, Uvin Bandara 19, Chamika Fernando 15; Chad Johnson 3-18, Chad Africa 2-19.

Afrika Selatan 118-4 (32.5 over)
Brandon Clacher 33, Matthew Christensen 23, Chad Johnson kekal 19, Clyde Fortuin 10; Ron Chandraguptha 3-17.

Pemain Terbaik : Chad Johnson (Afrika Selatan)

Pengadil:
Batumalai Ramani & Poobalan Loganathan

JADUAL 30 MAC
Malaysia  lwn Sri Lanka

(Bayuemas Oval, 10 pagi)

Afrika Selatan  lwn Singapura
(Kinrara Oval, 10 pagi)

PENJAGA wiket Malaysia, Che Wan Razlan Zalati (kiri) cuma dapat memerhati bola laju menuju garis sempadan sewaktu pertemuan dengan Singapura di Bayuemas Oval pada 29 Mac.

PENJAGA wiket Malaysia, Che Wan Razlan Zalati (kiri) cuma dapat memerhati bola laju menuju garis sempadan sewaktu pertemuan dengan Singapura di Bayuemas Oval pada 29 Mac.