UKM terus kekalkan penguasaan

PASUKAN UKM meraikan kehebatan menjadi juara saingan kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval pada 27 Mac.KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengekalkan penguasaan dalam saingan kriket Twenty20 UKM apabila bergaya dengan kemenangan 42 larian ke atas University College of Technology and Innovation (UCTI) dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval, pada 27 Mac.
Cukup menarik, kedua-dua pasukan menghidangkan asakan serta pelbagai gaya pukulan perkasa untuk memuncakkan angka masing-masing.

UKM yang pada mulanya memaparkan kesederhanaan dalam pukulan memastikan angka stabil, 160-5 selepas menamatkan 20 over. Aminudin Ramly sekali lagi membuktikan dia benar-benar cemerlang dalam pertandingan tahun ini apabila kekal dengan angka 83.

UCTI mengejar kemudian tetapi selepas kedua-dua wiket pembuka, Faris Almas-Lee (17) dan Usman Hashmi (48) diranapkan, keteguhan kolej berkenaan untuk bergelar juara pertandingan edisi kedua itu musnah sama sekali.

Lain-lain pemukul hanya berupaya membawa skuad berkenaan mengumpulkan 118 sahaja.


BABAK AKHIR:
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan University College of Technology and Innovation dengan 42 larian.


UKM 160-5 (20 over) Aminudin Ramly kekal 83, Ahmad Faiz M. Noor 31, Aliman Ahmad 19. Faris Almas-Lee 2-41.

UCTI 118 (16.1 over) Usman Hashimi 48, Faisal Hassan 20, Faris Almas-Lee 17. Faruq Hamimin Azmi 3-19.

Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (UKM)

PASUKAN UKM meraikan kehebatan menjadi juara saingan kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval pada 27 Mac.

PASUKAN UKM meraikan kehebatan menjadi juara saingan kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval pada 27 Mac.

-

-