Kriket Perisai Raja-Raja - Hari Ke-3
Written by Rosmanizam Abdullah Friday, 06 March 2009 16:41
Negeri Sembilan diperangkap
KUALA LUMPUR, 6 Mac - Selangor-UKM mudah menjinakkan Negeri Sembilan dengan 113 larian di UKM Oval, Bangi hari ini sekali gus mara ke separuh akhir saingan kriket merebut Perisai Raja-Raja untuk bertemu Kedah esok.
Turut menang hari ini di Bayuemas Oval ialah juara bertahan, Tentera yang mengatasi Kedah dengan empat wiket dan akan bertemu Negeri Sembilan dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Selangor-UKM tidak bermula dengan baik sewaktu sesi memukul apabila sekadar mengumpulkan 156 larian. Shafiq Sharif menyelamatkan keadaan dengan ketukan 55 larian, diikuti Firdaus Rusli dengan 25. Amat memeranjatkan, Negeri Sembilan pula hanya memukul setakat 43 larian dan tersentak awal dengan 27-8.
Pembaling garang Selangor-UKM, Hazrul Zainal meranapkan 5 wiket Negeri Sembilan dan seterusnya dinamakan pemain terbaik perlawanan.
Kedah pula sekadar mengumpulan 111 dalam 33.2 over dan Tentera mengatasi mereka dalam 21.3 over dengan pemain serba boleh, Anwar Aruddin melakukan 41 larian.
KEPUTUSAN:
Tentera kalahkan Kedah dengan 4 wiket.
Kedah 111 (32.2 over) Syafiq Shariff 30. Shukri Rahim 4-18, Suharril Fetri Shuib 3-16.
Tentera 112-6 (21.3 over) Anwar Arudin 41. Noor Ikhwan Rosle 2-28, Syazrul Ezat Idrus 2-45.
Pemain terbaik: Suharril Fetri Shuib (Tentera)
Selangor-UKM kalahkan Negeri Sembilan dengan 113 larian.
Selangor-UKM 156 (43.4 over) Shafiq Sharif 55, Firdaus Rusli 25. Hafiz Zaman Huri 3-17, Fauzi Ariffin 3-27.
Negeri Sembilan 43 (21 over). Fauzi Ariffin kekal 10. Hazrul Zainal 5-15, Shahid Ali Khan 3-13.
Pemain terbaik: Hazrul Zainal (Selangor-UKM)
SEPARUH AKHIR - 7 MAC 2009
Tentera lwn Negeri Sembilan
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
Selangor-UKM lwn Kedah
(UKM Oval, 10 pagi)
PEMUKUL Selangor-UKM, Shafiq Sharif (kanan) melakukan hayunan sewaktu beraksi di lapangan tengah pada pertemuan dengan Negeri Sembilan di UKM Oval, Bangi 6 Mac 2009.