UKM lawan UCTI dalam babak akhir

DUA  pemukul UKM, Zaid Asyraf  Norazmi (kiri) dan Aliman Ahmad (kanan) memerhatikan aksi pemadang UIAM  dalam pertemuan  di  UKM Oval, pada 26 Mac.KUALA LUMPUR - Aminudin Ramly terus menguasai pertandingan kriket Twenty20 UKM dengan satu lagi pukulan 50 bagi membantu Universiti Kebangsaan Malaysia menumbangkan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dengan 87 larian dalam babak separuh akhir di UKM Oval, Bangi pada 26 Mac.


Setelah bergaya dengan 180 larian tanpa tewas pada 25 Mac, Aminudin yang diketepikan daripada mewakili skuad kebangsaan ke Piala Asia di Kuwait akhir bulan ini cemerlang dengan 60 larian di samping sokongan kaptennya, Ahmad Faiz M. Noor dengan 48 larian tanpa tewas.
 
Dalam babak akhir, juara bertahan itu akan bertemu University College of Technology and Innovation (UCTI) yang menang lapan wiket ke atas Universiti Multimedia dalam satu lagi separuh akhir di gelanggang sama.
 
''Nampaknya, UKM boleh mengekalkan kejuaraan untuk tahun kedua berturut-turut. Kami amat faham UCTI hanya memiliki tiga pemain hebat dan selebihnya cuma berprestasi sederhana sahaja,'' kata Pegawai Kanan Belia dan Sukan UKM, Fairus Shafie.
 
Kapten UCTI, Usman Hashmi berharap skuadnya mampu menguasai perlawanan akhir menerusi keteguhan sesi memukul kerana akur serbuan mereka kurang hebat.

KEPUTUSAN
Separuh akhir

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan 87 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 193-4 (20 over)

Aminudin Ramly 60, Ahmad Faiz M. Noor kekal 48, Zaid Asyraf Norazmi 24, Aliman Ahmad 18.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 106-5 (20 over)
Md. Sayeed Ul Amin 22, Zaid Alam Rony 17, Mahmadur Rahman kekal 16; Hazrul Zainal 2-18.

Pemain Terbaik: Aminudin Ramly (UKM)

University College of  Technology  & Innovation kalahkan Universiti Multimedia Malaysia dengan 8 wiket.
Universiti Multimedia Malaysia 67-7 (15 over)
Mohamad Ali Toor 16, Mohamad Atiq Rahman 11, Md. Sakib Hasan 9; Omar Farooq 3-18

University College of  Technology  & Innovation 70-2 (6.4 over)
Faris Almas-Lee kekal 27, Zain Ijas kekal 24.

Pemain Terbaik: Omar Farooq (UCTI)

JADUAL AKHIR (27 Mac) 

Universiti Kebangsaan Malaysia lwn University College of Technology & Innovation 
(Bayuemas Oval, 10 pagi)

DUA  pemukul UKM, Zaid Asyraf  Norazmi (kiri) dan Aliman Ahmad (kanan) memerhatikan aksi pemadang UIAM  dalam pertemuan  di  UKM Oval, pada 26 Mac.

DUA  pemukul UKM, Zaid Asyraf  Norazmi (kiri) dan Aliman Ahmad (kanan) memerhatikan aksi pemadang UIAM  dalam pertemuan  di  UKM Oval, pada 26 Mac.