UKM kumpul angka tertinggi untuk belasah UMP

PEMBALING separuh pantas, UiTM, Safwan Naim menyerbu Usman Hashmi dari UCTI pada pertemuan di Bayuemas Oval pada 25 Mac.KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempamerkan kegarangan menerusi Aminudin Ramly yang melakukan 180 larian tanpa tewas sekali gus membelasah Universiti Malaysia Pahang dengan 194 larian dalam pertemuan hari ketiga saingan kriket Twenty20 UKM di UKM Oval, Bangi pada 25 Mac.
Kemenangan besar itu pasti menggoyahkan naib juara tahun lepas, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang bakal berentap dengan UKM dalam separuh akhir 26 Mac ini.
 
Dalam satu lagi pertemuan separuh akhir, pendatang baru yang semakin garang, University College of Technology and Innovation (UCTI) akan bertemu University Multimedia juga di UKM Oval.
 
UKM yang memukul terdahulu mencipta rekod kejohanan untuk menamatkan ining dengan mengumpulkan 245-1 di mana penjaga wiket sambilannya, Zaid Asyraf Norazmi turut bergaya dengan 50 larian tanpa tewas.
 
UMP cuma bertahan setakat 51 larian dalam 16.1 over.
 
UCTI turut hebat dengan pengumpulan 237-3 dalam pertemuan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Bayuemas Oval, Klang. UiTM tidak terdaya tetapi mampu memukul sehingga 154-9.

 
KEPUTUSAN

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Malaysia Pahang dengan 194 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 245-1 (20 over)

Aminudin Ramly  kekal 180, Zaid Asyraf Norazmi kekal 50

Universiti Malaysia Pahang 51  (16.1 over)
Riaz Ul Haq 12; Haziq Zainudin 3-3, Mohd Yusri 2-10, Nik Azril Ariffin 2-4.

Pemain Terbaik: Aminudin Ramly (UKM)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kalahkan Universiti Sains Malaysia dengan 2 larian.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 122-7 (20 over)

Mirza Nimmer Beg  38, Md. Sayeed-Ul-Amin 14, Abdul Muqeet 10, Kashif Rashid 10; M. Azizi 2-20, Showkat A. Bhawani 2-24.

Universiti Sains Malaysia 120  (18.6 over)
Aamir H. Bhal 43, M. Sulaiman 16, M.Azizi 15, Sauban Ghani 10; Sarang Abbasi 4-16, Mirza Nimmer Beg 2-24, Md. Sayeed-Ul-Amin 2-27.

Pemain Terbaik: Mirza Nimmer Beg (UIAM)

Universiti Multimedia Malaysia kalahkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan 10 larian.
Universiti Multimedia Malaysia 92-9 (20 over)

Mohd Yusof Khan 20, Md. Sakib Khan 20, Nusrath Ali Mohamed 13.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 83  (18.5 over)
Saadun Yaacob 32, Ahmad Faisal Abd. Aziz 13; Nusrath Ali Mohamed 3-0, Md. Sakib Khan 3-7, Muhammad Ali Toor 2-15.

Pemain Terbaik: Nusrath Ali Mohamed (MMU)

Universiti College of Technology & Innovation kalahkan  Universiti Teknologi Mara dengan 83 larian
Universiti College of Technology & Innovation 237-3 (20 over)

Usman Hashmi kekal 115, Ametot Singh kekal 62, Zain Jaz 23, Faisal Hassan 22; Muhammad Muazzam Abd. Hadi 2-30.

Universiti Teknologi Mara 154 -9 (20 over)
Mohd. Nazri Suhaimi 68, Azman Ahmad Tajri  kekal 30, Ahmad Farid Wajdie 21.

Pemain Terbaik: Usaman Hashmi (UCTI)

SEPARUH AKHIR (26 Mac)
UKM  lwn. UIAM

(Oval UKM, 10 pagi)

UCTI  lwn. MMU
(Oval UKM , 2 petang)

PEMBALING separuh pantas, UiTM, Safwan Naim menyerbu Usman Hashmi dari UCTI pada pertemuan di Bayuemas Oval pada 25 Mac.

PEMBALING separuh pantas, UiTM, Safwan Naim menyerbu Usman Hashmi dari UCTI pada pertemuan di Bayuemas Oval pada 25 Mac.