UCTI mula tayangkan kegarangan

KUALA LUMPUR - Pendatang baru, UCTI (University College of Technology & Innovation) melebarkan rentak kemenangan apabila menumbangkan naib juara tahun lepas, Universiti Islam Antarabanga (UIAM) dengan 83 larian di UKM Oval, Bangi pada 24 Mac.
Dengan mengumpulkan 211-7 dalam 20 over, UCTI hanya membenarkan UIAM bertahan setakat 128 larian. Ketua pasukan UCTI, Usman Hashmi bergaya dengan 78 larian manakala rakan sepasukan Muhammad Waqas menyumbang 65.
 
Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia hanya meletakkan pemukul lewat, Aliman Ahmad (94 larian) untuk memastikan pasukan jaguh itu melakukan 210-6 sewaktu menentang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). UPNM hanya membalas setakat 58 larian sahaja.
 
''Kami menjangkakan UCTI akan mencabar kegarangan UKM tahun ini. Apapun kami akan memastikan kejuaraan tidak terlepas begitu sahaja,'' kata Pegawai Kanan Belia dan Sukan UKM, Fairus Shafie.
 
KEPUTUSAN:
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Pertahanan Negara Malaysia dengan 152 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 210 - 6 (20 over)

Aliman Ahmad 94, Ahmad Faiz M. Noor 39, Faruq Hakimin Azmi 21, Aminudin Ramly 17; Ahmad Faisal Abd Aziz 3-51

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 58 -10 (19.2 over)

Mohd Faiz Mokhtar 11; Aliman Ahmad 3-17, Nik Azril Ariffin 2-10, Shahrulnizam Yusof 2-5.

Pemain terbaik: Aliman Ahmad (UKM)

Universiti College Technology & Innovation kalahkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan 83 larian.
Universiti College Technology & Innovation 211- 7 (20 over)

Usman Hashimi 78, Muhammad Waqas 65, Ametot Singh 31; Omer Farooq 2-10.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 128-4 (20 over)
Minza Nimmer Beg 63, Mahmudur Rahman 18; Saiful Islam 2-23, Minza Nimmer Beg 2-29

Pemain terbaik: Muhammad Waqas (UCTI)

Universiti Multimedia Malaysia kalahkan Universiti Malaysia Pahang dengan 68 larian.
Universiti Multimedia Malaysia 190 -3 (20 over)

Muhammad Ali Toor 88, Meeran Sahib Thouseef 24, Md. Shakib Hasan 17, Khandaker Asaduzzaman 17.

Universiti Malaysia Pahang 122. (18 over)
Asif Latif 34; Faisal 32; Zubair Khan  5-18, Tamuir Hassan 3-11

Pemain terbaik : Tamuir Hassan (MMU)

Universiti Sains Malaysia kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 51 larian
Universiti Sains Malaysia 138-9 (20 over)

Amir H. Bhal 53, Muhammad Aziz 19, Mohammad Sulaiman 12, Shaheen Sulaiman 10; Muhammad Muaazam 2-13, Mohd Sofwan Ahmad Naim 2-34.

Universiti Teknologi Mara 87  (18.1 over)
Azman Ahmad Tajri 15, Ahmad Farid Wajdie 18, Muhammad Iskandar 15; Rataullah 3-20, Amir H. Bhal 2-17, Mohammad Sulaiman 2-22

Pemain terbaik: Amir H. Bhal

JADUAL  25 Mac
UKM lwn. UMP

(Oval UKM, 10 pagi)

MMU lwn UPNM
(Oval UKM, 2 petang)

UIAM lwn. USM
(Oval Bayuemas, 10 pagi)

UITM lwn UCTI
(Bayuemas Oval 2 petang)