UKM menang mudah pertemuan pembukaan

PEMUKUL Universiti Multimedia Malaysia, Sakib Hasan bergaya di lapangan tengah sewaktu menentang Universiti Kebangsaan Malaysia di UKM Oval, 23 Mac.KUALA LUMPUR  - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pemenang kedua tahun lepas, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memenangi perlawanan awal masing-masing dalam saingan kriket Twenty20 UKM pada 23 Mac.
UKM membelasah Universiti Multimedia Malaysia dengan tujuh wiket di UKM Oval manakala UIA menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan empat wiket.
 
Pendatang baru, University College of Technology & Innovation (UCTI) pula mengatasi Universiti Sains Malaysia (USM) dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval, Klang.
 
Pemain kebangsaan, Aminudin Ramly yang melakukan 47 larian bergaya memasstikan UKM mengumpulkan 99-3 hanya dalam 12 over.
 
UIA pula terpaksa bekerja keras sehingga 19.2 over sebelum dapat mengatasi angka UiTM untuk mengumpulkan mata penuh pada pertemuan pembukaan.


KEPUTUSAN:
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Multimedia Malaysia dengan 7 wiket.
Universiti Multimedia Malaysia 94-7 (20 over)
Md. Sakib Hasan 27, Nusrath Ali Mohamed 16, Khandaker Asaduzzaman 12: Shahrulnizam Yusof  2-21

Universiti Kebangsaan Malaysia 99-3 (12 over)
Aminudin Ramly 47, Zaid  Asyraf Norazmi 28.
Pemain Terbaik: Aminudin Ramly (UKM)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kalahkan Universiti Teknlogi Mara dengan 4 wiket.
Universiti Teknologi Mara 121- 2 (20 over)
Nazri Suhaimi 28, Sofwan Ahmad Naim 23 kekal, Muhammad Zainal 17, Muazzam Abd. Hadi 13: Abdullah Muqeet 2-17, Zaid Alam Rony 2-27, Md Emdad 2-28

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 122-6 (19.2 over) Zaid Alam Rony 58, Sayeed Ul-Amin 11, Mahmud Rahman 10; Zulhusni Mustapa 2-24, Muhammad Zainal 2-35
Pemain Terbaik: Zaid Alam Rony (UIAM)

Universiti Pertahanan Negara Malaysia kalahkan Universiti Malaysia Pahang dengan 8 wiket
Universiti Malaysia Pahang 63  (14.4 over)
Asif Latif 7; Mohamad Fuad Abdullah 4-19;  Mohamad Fuad Abdullah 4-19, Mohd Azdeli Abdul Ghani 3-21

Universiti Pertahanan Negara Malaysia 64-2 (13.2 over) Ahmad Faisal Abd. Aziz 20, Mohd Faiz Mokhtar 13, Saadun Yaacob 13; Riaz Ul Haq 2-14.
Pemain Terbaik: Mohamad Fuad Abdullah (UPNM)

University College of  Technology  & Innovation kalahkan Universiti Sains Malaysia dengan 7 wiket
Universiti Sains Malaysia 103-7 (20 over)
Amir H. Bhat 22, Sauban Ghani 17, Showkat A Bhawani 11; Syed Murteza Hussain 2-12, Zain Ijas 2-19.

University College of  Technology & Innovation 106-3 (13.1 0ver) Zain Ijas 33 kekal, Hassan Khalid 31, Faris Almas Lee kekal 10, Usman Hashmi 10: Showkat A. Bhawani 2-27.
Pemain Terbaik: Zain Ijas (UCTI)

JADUAL 24 MAC

UKM lwn. UPNM
(Bayuemas Oval, 10 pagi)

MMU lwn UMP
(Bayuemas Oval, 2 petang)

UIAM lwn. UCTI
(UKM Oval, 10 pagi)

UITM lwn USM
(UKM Oval, 2 petang)

PEMUKUL Universiti Multimedia Malaysia, Sakib Hasan bergaya di lapangan tengah sewaktu menentang Universiti Kebangsaan Malaysia di UKM Oval, 23 Mac.

PEMUKUL Universiti Multimedia Malaysia, Sakib Hasan bergaya di lapangan tengah sewaktu menentang Universiti Kebangsaan Malaysia di UKM Oval, 23 Mac.