Selangor-UKM juara lagi

BARISAN Selangor-UKM meraikan kecemerlangan mereka memenangi Perisai Raja-Raja untuk tahun kedua berturut-turut di Bayuemas Oval pada 7 Mac.KUALA LUMPUR – Selangor-UKM memastikan kejuaraan untuk tahun kedua berturut-turut apabila Tentera tersungkur dengan 70 larian dalam pertemuan akhir Kejohanan Kriket Melayu Antara Negeri di Bayuemas Oval, Klang, pada 7 Mac.
Selepas memenangi undian dan memilih untuk memukul, Selangor-UKM  pada  awalnya dilihat gagal untuk mengumpulkan larian tinggi setelah pemukul awal tumbang pada kedudukan 84-4.

Skuad yang memenangi kejuaraan Kriket Undangan Antara Varsiti Asia Disember lalu itu hanya mengumpulkan 180 larian; suatu angka yang dilihat tidak sukar untuk diatasi Tentera.

Apapun Tentera tersentak awal apabila pemukul perkasa, Rosman Zakaria menerima keputusan mati halangan kaki tanpa larian dan seterusnya kehilangan tujuh wiket pada kedudukan 94.

‘’Tidak ada nasib lagi dan kami terlepas Perisai Raja-Raja untuk musim kedua,’’ kata Pengerusi Kriket Majlis Sukan Angkatan Tentera, Lt. Kol. Gerard Denis Singam.

Tentera menamatkan pukulan pada angka 110; antara pungutan rendah yang tidak dijangka langsung akan berlaku pada perlawanan akhir saingan mencabar itu.

‘’Pemain berjaya menguasai perlawanan sewaktu memadang. Kami bernasib baik kerana pembaling dan pemadang menayangkan kecemerlangan,’’ kata Ketua Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jaslana Hussen.


KEPUTUSAN BABAK AKHIR:

Selangor-UKM kalahkan Tentera dengan 70 larian.
Selangor-UKM 180 (48.4 over) Shafiq Shariff 38, NIk Azril Ariffin 34, Aminudin Ramly 21. Suharril Fetri Shuib 3-40, Norwira Zazmie Halim 2-23.
Tentera 110 Suharril Fetri Shuib 29, Zaidan Taha 21. Shahrulnizam Yusof 5-15.

Pemain terbaik kejohanan: Nik Azril Ariffin (Selangor-UKM)
Pemain terbaik babak akhir: Shahrulnizam Yusof (Selangor-UKM)
Pengadil: Firdaus Abdullah (KL), Bertle ‘Alex’James (NS)

BARISAN Selangor-UKM meraikan kecemerlangan mereka memenangi Perisai Raja-Raja untuk tahun kedua berturut-turut di Bayuemas Oval pada 7 Mac.

BARISAN Selangor-UKM meraikan kecemerlangan mereka memenangi Perisai Raja-Raja untuk tahun kedua berturut-turut di Bayuemas Oval pada 7 Mac.

BARISAN naib juara, Tentera bergambar bersama Yang Dipertua Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

BARISAN naib juara, Tentera bergambar bersama Yang Dipertua Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

KAPTEN Selangor-UKM, Ahmad Faiz M. Noor menerima Perisai Raja-Raja sambil bersalaman dengan Naib Canselor UKM, Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shabudin.

KAPTEN Selangor-UKM, Ahmad Faiz M. Noor menerima Perisai Raja-Raja sambil bersalaman dengan Naib Canselor UKM, Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shabudin.

-

-

-