Dua pasukan pilihan layak ke separuh akhir

PEMBALING separuh pantas, Selangor-UKM, Aliman Ahmad bergaya 'menyerang' pemukul Kedah dalam pertemuan di Kinrara Oval, 5 Mac.KUALA LUMPUR – Seperti dijangka, dua pasukan pilihan, Tentera dan Selangor-UKM mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Kriket Melayu Antara Negeri apabila mudah melengkapkan kemenangan akhir peringkat kumpulan pada 5 Mac.
Selangor-UKM selaku juara bertahan hanya meletakkan pemukul sampingan untuk mengatasi Kedah dengan lapan wiket. Dalam pertemuan di Kinrara Oval itu, pemukul berasal dari Johor, Eszrafiq Azis menonjolkan kegarangannya dengan menyumbangkan 44 larian dalam membantu Selangor-UKM mengatasi angka Kedah yang cuma berkemampuan melakukan 77 larian.

Pasukan juara saingan antara varsiti Asia tahun lepas itu akan bertemu Negeri Sembilan dalam separuh akhir di Bayuemas Oval pada 6 Mac. Negeri Sembilan menang pertemuan 5 Mac  apabila membaham Sabah dengan 124 larian. Bekas pemain kebangsaan berasal dari Kanchong Darat, Banting, Masrulnizam Masrom menokok 84 larian manakala Kairul Azrin Matsiah menghimpun 50 untuk Negeri Sembilan.

Sabah terlalu sukar untuk mengejar angka lawan 255 tetapi berhempas pulas sehingga 37.4 over untuk mengumpulkan 131 larian. Bekas pembaling kidal kebangsaan, Haerul Marsudin mencatat nama sebagai pemukul berbisa dengan 32 larian. Roslan ‘Roger’ Mokti yang lama ‘berehat’ kembali mengetuk 23 manakala bekas pembuka pukulan Malaysia, Hatta Patombongi tetap bergaya dengan 10 larian.

Kedah akan berhadapan kehebatan semua sudut daripada skuad Tentera di Kinrara Oval dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pada 6 Mac.

‘’Apapun, kami bersedia untuk menerima serbuan Tentera dan akan menyempurnakan aksi terbaik,’’ kata pengurus Kedah, Feisal A. Tajuddin.

Ketua kontinjen Selangor-UKM, Jaslana Hussen pula membayangkan penguasaan sepenuhnya barisan juara bertahan itu apabila berhadapan Negeri Sembilan.


KEPUTUSAN:

Negeri Sembilan kalahkan Sabah dengan 124 larian.
Negeri Sembilan 255-9 (50 over) Masrulnizam Masrom 84, Kairul Azrin Matsiah 50, Zakri Aziz 35, Zubair Asyraf Norazmi 22. Jabri Bahri 4-64, Hatta Patombongi 2-37, Haerul Marsudin 2-38.
Sabah 131 (37.4 over) Haerul Marsudin 32, Roslan Mokti 23, Mansalasah Musa 15. Fendi Alias 4-8, Fauzi Ariffin 3-14, Sukri Tasip 2-13.
Pemain terbaik: Masrulnizam Masrom (NS)

Selangor-UKM kalahkan Kedah dengan 8 larian.
Kedah 77 (37.2 over) Syafiq Shariff 19, Nurfirdaus Hakimi 15, Ahmad Zulhaimy Salleh 10. Shahrunizam Yusof 3-6, Aliman Ahmad 3-12, Nik Azril Ariffin 3-18, Eszrafiq Azis 2-28.
Selangor-UKM 80-2 (9.4 over) Eszrafiq Azis 44, NIk Azril Ariffin 20.
Pemain terbaik: Eszrafiq Azis (Selangor-UKM)

SEPARUH AKHIR (6 Mac):

Tentera lwn Kedah
(Kinrara Oval, 10 pagi)

Selangor-UKM lwn Negeri Sembilan
(Bayuemas Oval, 10 pagi)

PEMBALING separuh pantas, Selangor-UKM, Aliman Ahmad bergaya 'menyerang' pemukul Kedah dalam pertemuan di Kinrara Oval, 5 Mac.

PEMBALING separuh pantas, Selangor-UKM, Aliman Ahmad bergaya 'menyerang' pemukul Kedah dalam pertemuan di Kinrara Oval, 5 Mac.

PEMUTAR kanan Selangor-UKM, Eszrafiq Azis menyerbu pemukul Kedah dalam pertemuan di Kinrara Oval 5 Mac. Kedah tumpas dengan lapan wiket.

PEMUTAR kanan Selangor-UKM, Eszrafiq Azis menyerbu pemukul Kedah dalam pertemuan di Kinrara Oval 5 Mac. Kedah tumpas dengan lapan wiket.