Penampilan semula bekas CEO Kriket Sarawak

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kriket Sarawak, Haikal-Harith Adam Prakash telah diterima sebagai ahli Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

Perakuan keahlian ini dimuktamadkan pada mesyuarat majlis persatuan itu, 1 November 2026.

Sambil mengalu-alukan penyertaan Haikal-Harith, Naib Yang Dipertua Kriket Melayu, Tan Sri Dr. Suleiman Mohamed berharap, pengalaman luas bekas CEO di Sarawak itu pasti menguntungkan pelbagai program yang akan dilaksanakan.

Haikal, 38, yang berasal dari Kota Samarahan menjadi tonggak utama penganjuran saingan kiriket Piala Dunia Bawah 19 Perempuan yang turut dianjurkan di Kuching tahun 2025.

Difahamkan, Haikal-Harith menamatkan kontraknya akhir tahun 2025 kerana ingin balik bersama keluarga di Johor Bahru.

”Sebagai orang muda, dia boleh ‘pergi jauh’ dalam kerjaya pentadbiran,” kata Dr. Suleiman, pernah memegang jawatan timbalan menteri sewaktu kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kriket Melayu atas permintaan ramai, kini dalam perancangan untuk mengemudi semula pembangunan yang direhatkan sejak 2017 dan sebahagian program ini ada disebut-sebut bakal dikendalikan Haikal-Harith.

Sebelum mengetuai pentadbiran Kriket Sarawak, bekas pegawai ragbi ini juga bertindak sebagai Setiausaha Majlis Kriket Johor yang memperoleh banyak tajaan bagi menyuburkan kegiatan pembangunannya.
 


HAIKAL-HARITH... orang muda hebat.



DR. SULEIMAN… yakin Haikal-Harith dapat membantu.