Babak akhir boleh cemaskan sebelah pihak

Perlawanan akhir pertarungan bagi merebut Perisai Raja-Raja ada kemungkinan menghidangkan saingan berat sebelah apabila Tentera dilihat terlalu unggul sepanjang Kejohanan Kriket Antara Negeri bermula 4 hingga 9 Ogos 2026.

Juara bertahan itu mengatasi Sabah dengan 363 larian tiga hari lepas manakala dalam separuh akhir pula membenam naib juara 2025, Pahang dengan sepuluh wiket.

”Kalau macam ini, perlawanan Tentera menentang Negeri Sembilan esok (Ahad) boleh berakhir lebih cepat,” kata pengarah kejohanan, Nazmir Sungip.

Tentera menghabiskan aksi separuh akhir di YSD-UKM Oval itu hanya dalam 11 over dengan pembuka pukulan, Iqraam Akhir melakukan 57 tanpa tewas.

Sabah menghampiri peluang mara untuk memalukan Negeri Sembilan di Bayuemas Oval tetapi harapan tidak kesampaian dengan kekalahan satu wiket.

Meletakkan hanya 72 larian seakan-akan memudahkan angka untuk dikejar Negeri Sembilan tetapi ramai resah apabila mereka kehilangan lapan wiket pada kedudukan 48.

”Saya sungguh tertekan dan cemas tetapi kemenangan masih berpihak kepada kami,” kata pengurus Negeri Sembilan, Sezar MFT Senathiraj.

KEPUTUSAN

Negeri Sembilan kalahkan Sabah dengan 1 wiket

Sabah 71 (18.1 over) Afiq Muqri Khairul 13; Syariz Amir Sharji 10;
Danish Adlyn Zulkifly 4-17; Azib Wajdi Zainuddin 3-21
Nabil Yusri 2 20.

Negeri Sembilan 72-9 (17.4 over)
Azib Wajdi Zainuddin 16; Azwar Tajri 16; Nik Azril Ariffin 14. Afiq Jabri Bahri 5-29;
Ariq Muqri Khairul 4-13.

Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (SEL)
Pencatat: Mahathir Razali (KEL)
Pengurus Perlawanan: Nazmir Sungip (MEL)

Pahang 118 (24 over) Syamil Aqil Sufee 45; Ibrahim Zahid S. Zamri 15;
Fauzan Malik 14; Amdam Wiliyoh 13. Haziq Hashim 3-22; Suharril Fetri Shuib 2-15;
Syazrul Ezat Idrus 2-32.
Tentera 119-0 (11 over)  Iqraam Akhir kekal 57;
Anwar Arudin kekal 46.

Pengadil: Rudy Ismandi Mansor  (Pk) & Chandra Seger Maria Dass (Pk)
Pencatat: Muzili Aznor Musa  (Pk)
Pengurus perlawanan: Sabri Idris (NS)

BABAK AKHIR

TENTERA lwn NEGERI SEMBILAN
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)


SABAH... terpaksa berpuas hati dengan kelayakan ke separuh akhir sahaja setelah tumpas dengan satu wiket kepada Negeri Sembilan di Bayuemas Oval, 8 Ogos 2026. -- Gambar: Persatuan Kriket Melayu Malaysia


PAHANG hampir memukau Negeri Sembilan dalam separuh akhir apabila hanya tewas tipis, 8 Ogos 2026. — Gambar: Persatuan Kriket Melayu Malaysia