Selangor, Perlis gagal bertahan

Sabah dan Pahang meneruskan perhitungan ke separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri dengan masing-masing bergaya dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 6 Ogos 2026.

Di Bayuemas Oval, Selangor mengharungi nasib malang apabila tersungkur dengan sembilan wiket kepada Negeri Sembilan. Amatlah menyedihkan Selangor hanya berupaya melakukan 55 larian sewaktu sesi memukul.

Sabah pula bergembira dengan ketukan sehingga 289 larian untuk lima wiket; menggunakan semua peruntukan 50 over di YSD-UKM Oval.  Pemukul muda, Afiq Muqri Khairul tenang menghimpun 101 larian tanpa tewas.

”Sabah ternyata puas dalam sesi pukulan walaupun tidak dapat melaksanakan 300 larian. Pertemuan dengan Negeri Sembilan dalam separuh akhir (Sabtu) ini menyemarakkan semangat untuk terus cemerlang,” kata pengurusnya, Hatta Patombongi.

Sewaktu mengejar, Perlis turut menampilkan Iqbal Azan Nawi dengan sumbangan  72 tanpa tewas tetapi hanya mampu membawa Perlis ke angka 109.

Kejohanan bagi merebut Perisai Raja-Raja ini dianjurkan sejak tahun 1951.

KEPUTUSAN

Negeri Sembilan kalahkan Selangor dengan 9 wiket.

Selangor 55  (20.2 over)  Amirul Zubair Zulkifle 28; Elmi A. Rahman 14. Nabil Yusri 5-20; Hadiff Irfan Irwan 4-9.
Negeri Sembilan 59-1 (10.2 over)  Nik Azril Ariffin kekal 34; Syahir Syamel Shaari kekal 13.

Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (SEL)
Pencatat: Ammar Uzair Fakri (JOH)
Pengurus perlawanan: Hamrizal Haris (TER)

Sabah kalahkan Perlis dengan 180 larian.

Sabah 289-5 (50 over))  Afiq Muqri Khairul kekal 101; Afiq Jabri Bahri 75; Ahmad Tajudin Ismail 30. Azizul Hakim Shukri 2-37.
Perlis 109 (23.2 over)  Iqbal Azan Nawi kekal 72; Muhammad Aziz 17. Nur Alif Zulkeflee 3-25; Afiq Jabri Bahri 3-30; Trisman Rudi 3-47.

Pengadil: Rudy Ismandi Mansor  (Pk) & Chandra Seger Maria Dass (Pk)
Pencatat: Muzili Aznor Musa  (Pk)
Pengurus perlawanan: Sabri Idris (NS)

JADUAL 8 OGOS 2026 (SABTU)
SEPARUH AKHIR

NEGERI SEMBILAN lwn SABAH
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

TENTERA lwn PAHANG
(YSD-UKM Oval, 9.30 pagi)


SEBAHAGIAN besar barisan muda Perlis yang akan bertarung dalam Sukma XXII Selangor mulai minggu depan. - Gambar: Persatuan Kriket Melayu Malaysia


PEMUKUL muda Sabah, Afiq Muqri Khairul mengangkat kedua belah tangan tanda mencapai pukul seratus di YSD-UKM Oval, 6 Ogos 2026. - Gambar: Persatuan Kriket Melayu Malaysia


SABAH masih ‘bernafas’ walaupun dibelasah Tentera dua Selasa lepas. - Gambar: Persatuan Kriket Melayu Malaysia


SESI undian sebelah pagi di YSD-UKM Oval yang turut menyaksikan dua pengadil, Rudy Ismandi Mansor (kiri) dan Chandra Seger Maria Dass.  - Gambar: Persatuan Kriket Melayu Malaysia


PENGADIL di Bayuemas Oval, Mathan Kumar Muniandy (kiri) menghadapi masalah memerhati syiling yang digunakan untuk undian yang turut diperhatikan kapten Negeri Sembilan, Nabil Yusri (tengah) dan ketua pasukan Selangor, Amirul Zubair Zulkifle.  - Gambar: Persatuan Kriket Melayu Malaysia