Selangor-UKM, Tentera menang mudah

SATU lagi wiket pasukan bawah 16 nasional diranapkan berikutan tangkapan pemadang Selangor-UKM, Hazrul Zainal (kiri) dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 4 Mac.KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Selangor-UKM terlalu gagah memulakan kempen Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja dengan kemenangan besar, sembilan wiket ke atas skuad bawah 16 kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang pada 4 Mac.
Pemutar kanan kebangsaan berusia 19 tahun, Nik Azril Ariffin menggenapkan tiga wiket untuk memastikan pasukan remaja berkenaan parah yang hanya bertahan setakat 83 larian walaupun mengambil  34.5 over sebelum mempelawa lawan mengejar matlamat.

Pembuka pukulan UKM, Shafiq Sharif mengganas dengan 36 larian; diiringi lapan pukulan empat sebelum dipulangkan ke astaka hasil serbuan Azwan Idris. Apapun Faris Almas-Lee (26 tanpa tewas) dan kapten pasukan, Ahmad Faiz M. Noor t(kekal 14) tenang di lapangan tengah bagi memastikan kemenangan selesa pasukan pilihan itu.

Sabah yang tidak pernah gagal menyertai pertandingan sejak pemulihan kejohanan bermula tahun 1995 hanya berupaya mencapai 68 larian dalam pertemuan menentang naib juara tahun lepas, Tentera di Kinrara Oval.

Pemukul lewat Sabah, Ahmad A. Salam sempat menyelamatkan maruah Sabah dengan 14 larian sebelum Tentera menghabiskan perlawanan untuk mencapai dua kemenangan berturut-turut.    


KEPUTUSAN:

Selangor_UKM kalahkan Bawah 16 kebangsaan dengan 9 wiket.
Bawah 16: 83 (34.5 over) Amerul Asaraff Hussin 23, Nik Nabil Sawan Anuay 12. NIk Azril Ariffin 3-24, Faruq Hakimin Azmi 2-7.
Selangor-UKM: 84-1 (12.5 over) Shafiq Sharif 36, Faris Almas-Lee kekal 26, Ahmad Faiz Noor kekal 14.
Pemain terbaik: Nik Azril Ariffin (Selangor-UKM).
Pengadil: Firdaus Abdullah (KL), Bertle James (NS)


Tentera kalahkan Sabah dengan 10 wiket.
Sabah: 68 (30 over) Ahmad A. Salam 14. Rashid Hamid 3-5, Nazri M. Noor 2-15.
Tentera: 69-0 (15.4 over) Norwira Zazmie A. Halim kekal 34, Razman Zabri kekal 25.
Pemain terbaik: Rashid Hamid (Tentera)
Pengadil: Batumalai Ramani (KL), Poobalan Loganathan (SEL)

JADUAL 5 MAC:
Negeri Sembilan lwn Sabah
(Bayuemas Oval, 10 pagi)

Selangor-UKM lwn Kedah
(Kinrara Oval, 10 pagi)

PEMUTAR kiri Selangor-UKM, Faruq Hakimin Azmi bergaya dalam serbuan ke arah lawan pada pertemuan dengan skuad bawah 16 kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang, 4 Mac. Turut memerhati ialah pengadil, Firdaus Abdullah.

PEMUTAR kiri Selangor-UKM, Faruq Hakimin Azmi bergaya dalam serbuan ke arah lawan pada pertemuan dengan skuad bawah 16 kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang, 4 Mac. Turut memerhati ialah pengadil, Firdaus Abdullah.

SATU lagi wiket pasukan bawah 16 nasional diranapkan berikutan tangkapan pemadang Selangor-UKM, Hazrul Zainal (kiri) dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 4 Mac.

SATU lagi wiket pasukan bawah 16 nasional diranapkan berikutan tangkapan pemadang Selangor-UKM, Hazrul Zainal (kiri) dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 4 Mac.