Pahang, Perlis mangsa hari pertama

Negeri Sembilan mudah membenam naib juara 2026 dengan lapan wiket dalam saingan kriket antara negeri di Bayuemas Oval sekali gus menyukarkan skuad pantai timur itu menghitungkan peluang dalam aksi seterusnya.

Negeri Sembilan yang terdahulu tumpas dalam undian hanya menamatkan perlawanan dalam hanya 12.3 over berbanding lawan yang menghimpun 93 menerusi 143 balingan.

“Hakikatnya kami hanya menyenaraikan sebahagian besar barisan muda untuk dijadikan pelapis,” kata pengurus Pahang, G. Rasul Iqbal.

Pembaling Negeri Sembilan Nabil Yusri memastikan enam wiket Pahang diranapkan untuk lebih bersemangat menerokai aksi menentang Selangor, 6 Ogos 2026.

Di YSD-UKM Oval, Bangi, juara tahun lalu, Tentera menewaskan Perlis dengan lapan wiket. Skuad gagah ini dibarisi ramai pemain kebangsaan yang kental untuk mempertahankan gelaran juara.

Pembaling mengelirukan dari Sungai Petani, Kedah, Syazrul Ezat Idrus memperoleh enam wiket untuk 12 larian.

KEPUTUSAN:

Tentera kalahkan Perlis dengan 8 wiket.

Perlis 83 (19 over) Azizul Hakim Shukri kekal 28. Syazrul Ezat Idrus 5-12; Norwira Zazmie A. Halim 2-11; Rashid Ahad 2-14

Tentera 84-2 (9 over)  Anwar Arudin kekal 29; Iqraam Akhir 22.  Danial Hakim Khusairi 1-32

Pengadil: Rudy Ismandi Mansor  (Pk) & Chandra Seger  Maria Dass (Pk)
Pencatat: Muzili Aznor Musa  (Pk)
Pengurus perlawanan: A. Sabri Idris (NS)

Negeri Sembilan kalahkan Pahang dengan 8 wiket.

Pahang 93 (23.5 over) Amdam Wiliyoh 29; Lokman Nur Hakim 17.
Nabil Yusri 6-44; Nik Azril Arifin 2-20

Negeri Sembilan 96-2 (12.3 over) Amirul Zakuan Abdullah kekal 23;
Aalif S. Bahrin  21. Lokman Nur Hakim 2-16

Pengadil:  Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (SEL)
Pencatat: Ammar Uzair Fakri (JOH)
Pengurus perlawanan: Hamrizal Haris (TER)

JADUAL 5 OGOS 2026

TENTERA lwn SABAH
(YSD-UKM Oval, 9.30 pagi)

SELANGOR lwn PAHANG
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 


 

BARISAN Negeri Sembilan bersemangat untuk menumbangkan Pahang di Bayuemas Oval. - Foto Persatuan Kriket Melayu Malaysia


PERLIS yang menyenaraikan ramai pemain yang akan beraksi dalam Sukma XXII pertengahan Ogos 2026. - Foto Persatuan Kriket Melayu Malaysia


ASBY TAN ARIS (Tentera) melakukan serbuan ke atas pemukul awal Perlis di YSD-UKM Oval, 4 Ogos 2026. - Foto Persatuan Kriket Melayu Malaysia


DUA pengadil, Chandra Seger Maria Dass (kiri) dan Rudy Ismandi Mansor memasuki padang permainan di YSD-UKM Oval. - Foto Persatuan Kriket Melayu Malaysia