Permulaan baik skuad remaja negara

PEMBUKA pukulan Tentera, Rosman Zakaria mudah melakukan hayunan dalam pertemuan dengan Negeri Sembilan di Kinrara Oval, 3 Mac.KUALA LUMPUR - Permulaan baik bagi skuad bawah 16 kebangsaan apabila menang mudah ke atas Kedah dengan 103 larian pada hari pertama Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval, Klang pada 3 Mac.
 
Pasukan berkenaan yang bertanding atas undangan penganjur, Persatuan Kriket Melayu Malaysia telah melakukan 249 larian dalam 44.2 over dengan pemukul berusia 15 tahun, Khairul Izuan Razman menghimpun 95 larian.
 
Kedah yang dibarisi ramai pemain berpengalaman seperti Kamal Deen Shaik Dawood, Syafiq Shariff dan Feisal Tajuddin tidak terdaya sewaktu misi mengejar larian setelah tersungkur pada angka 146 larian.
 
Dalam satu lagi perlawanan di Kinrara Oval, naib juara tahun lalu, Tentera mudah membenam Negeri Sembilan dengan sembilan wiket.
 
Negeri Sembilan, pasukan hebat dalam tahun 1990-an hanya berupaya mengumpulkan 96 larian manakala Tentera bersemangat mengatasi lawan dalam hanya 21.1 over.

 
KEPUTUSAN:
 
Tentera kalahkan Negeri Sembilan dengan 9 wiket.
Negeri Sembilan 96 (36 over) Fauzi Ariffin 19, Masrulnizam Masrom 14, Fendi Alias 14. Fhadli Ishak 3-24, Rashid Ahad 2-14, Shukri A. Rahim 2-25.
Tentera 97-1 (21.1 over) Razman Zabri 37, Zaidan Taha kekal 33.
Pemain terbaik: Zaidan Taha (Tentera)
 
Bawah 16 Kebangsaan kalahkan Kedah dengan 103 larian.
Bawah 16 249 (44.2 over) Khairul Izuan Razman 95, Fitri Sham 27, Amerul Asaraff Hussin 19, Fadzrin Kate-Lee 17. Kamal Deen Shaik Dawood 4-36, Zulhaimy Salleh 3-23.
Kedah 146 (35.5 over) Nazirul Izuddin Halim 45, Fadzli Zakaria 24, Firdaus Hakimi Nasiruddin 16. Nasiruddin Mazlan 2-19.
Pemain terbaik: Khairul Izuan Razman (B-16)

PEMBUKA pukulan Tentera, Rosman Zakaria mudah melakukan hayunan dalam pertemuan dengan Negeri Sembilan di Kinrara Oval, 3 Mac

PEMBUKA pukulan Tentera, Rosman Zakaria mudah melakukan hayunan dalam pertemuan dengan Negeri Sembilan di Kinrara Oval, 3 Mac

PEMUTAR kanan Tentera, Shukri A. Rahim menyerbu pemukul Negeri Sembilan di Kinrara Oval. Tentera menang dengan sembilan wiket.

PEMUTAR kanan Tentera, Shukri A. Rahim menyerbu pemukul Negeri Sembilan di Kinrara Oval. Tentera menang dengan sembilan wiket.