Pahang bangkit dengan kemenangan besar

KUALA LUMPUR -  Pahang kembali dengan garang apabila membenam naib juara 2024, Sabah dengan 151 larian untuk menjuarai kumpulan sekali gus mara ke separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri.

Bagi pertarungan penentu nasib, Pahang yang terdahulu tumpas lapan wiket kepada Selangor telah menguasai pertemuan di Kelab Aman (14 Ogos 2025) apabila melakukan 219 larian dengan Areean Aref Zaharin memeranjatkan dirinya sendiri menerusi sumbangan 65 larian.

”Pertemuan dengan Negeri Sembilan yang merupakan juara bertahan tidak perlu dikhuatiri sangat, kami akan mendapatkan khidmat tiga lagi pemain perkasa dalam separuh akhir 16 Ogos ini,” kata pengurus yang juga bekas pemain bawah 15 kebangsaan, Rasul Iqbal Ghazali.

Pasukan pilihan utama tahun ini, Tentera yang bersaing selepas empat tahun direhatkan penyertaan, menjinakkan Negeri Sembilan dengan kemenangan lapan wiket di Kiara Oval. Skuad gagah itu cuma membenarkan Negeri Sembilan bertahan setakat 83 larian.

”Pertemuan separuh akhir membabitkan Pahang, Selangor, Tentera dan Negeri Sembilan di Kelab Aman dan Kiara Oval boleh memerangkap siapa sahaja walaupun sesebuah pasukan itu mantap,” kata pengerusi kejohanan, Nazmir Sungip.

KEPUTUSAN:

Tentera kalahkan Negeri Sembilan  dengan 8 wiket
Negeri Sembilan 83 (20.1 over) Faris Iskandar Rizal 17; Nabil Yusri 15 ; Hadif Irfan Irwan 12. Rashid Ahad 4-9; Asby Tan Aris  3-8.
Tentera 84-2 (9.2 over) Syahadat Ramli 26; Said Halimin Hasbi 24.
Adam Rizqi Shahizam 1-16; Nabil Yusri 1-35.

Pemain terbaik: Rashid Ahad (TEN)
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (SEL); Sivan Narayanan (Pk)
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (SEL)
Pengurus perlawanan: A. Sabri Idris (NS)

Pahang kalahkan Sabah dengan 151 larian
Pahang 219 (40 over) Areean Aref Zaharin 65. Amzar Rashid 4-34; Afiq Jabri Bahri 3-32.
Sabah 68 (20.5 over) AQfiq Jabri Bahri 19. Wan Zharif Zaki 3-26; Arif Yusuf Salmah 2-6.

Pemain terbaik: Areean Aref Zaharin (PAH)
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (Pk); Chandra Seger Maria Dass (Pk)
Pencatat: Faris Almas-Lee (KL)
Pengurus perlawanan: Arina A. Rahim (Pk)

JADUAL 16 OGOS 2025

TENTERA lwn SELANGOR
(Kiara Oval, 10 pagi)

PAHANG lwn NEGERI SEMBILAN
(Kelab Aman, 10 pagi)



PAHANG… bangkit dengan garang dalam pertemuan dengan Sabah, 14 Ogos 2025.



NEGERI SEMBILAN… terpaksa akur dengan kehebatan Tentera.



RASHID AHAD menerima pingat sebagai pemain terbaik pertemuan NS-Tentera di Kiara Oval, 14 Ogos 2025.



PENGADIL Rudy Ismandi Mansor bersalam dengan pemain terbaik perlawanan dari Pahang, Areean Aref Zaharin.