Penguasaan awal Sabah, Negeri Sembilan
Tuesday, 12 August 2025 17:06

KUALA LUMPUR - Dua pasukan pilihan, Negeri Sembilan dan Sabah melaksanakan penguasaan hari pembukaan Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja, 12 Ogos 2025/
Di Kiara Oval, Kelab Selangor Diraja, Negeri Sembilan; johan enam tahun berturut-turut mengatasi Perlis dengan 56 larian. Di Kelab Aman pula, naib juara 2024, Sabah menangi aksi mendebarkan dengan dua wiket ke atas Selangor.
Sejak pagi lagi, Selangor bermasalah apabila hanya berupaya menurunkan sepuluh pemain berikutan masalah sakit perut ke atas sebahagian pesertanya.
''Kepincangan ini mengganggu tumpuan dengan banyak ketukan tidak menjadi,'' kata pengurus pasukan Selangor, Faizshal Niaz-Lyn yang terpaksa diturunkan.
Dengan Selangor hanya mengumpulkan 123 larian; Sabah mencipta kemenangan dalam 22.3 over.
Negeri Sembilan yang membariskan skuad Sukma sekadar melakukan 172 larian tetapi masih tidak dimanfaatkan Perlis.
''Saya sudah memikirkan boleh menang tetapi dikecewakan juga,'' kata pengurus Perlis, Azmi Jaafar.
KEPUTUSAN:
Sabah kalahkan Selangor dengan dua wiket.
Selangor 123 (27.1 over) Azwar Tajri 43; Faizshal Niaz-Lyn 30. Mahathir Razali 3-13; Hamzah Panggi 2-17.
Sabah124 for 8 (22.3 over) Mahathir Razali 73. Shahrulnizam Yusof 3-44;
Muazzam Hadi 2-41.
Pemain terbaik: Mahathir Razali (SAB)
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (Pk); Chandra Seger Maria Dass (Pk)
Pencatat: Faris Almas-Lee (KL)
Negeri Sembilan kalahkan Perlis dengan 56 larian.
Negeri Sembilan 172 (34.1 over) Azman Tajri 88; Daniel Azim Hawari 28. Hanif Ahmad 5-34;
Sahrul Izuddin Mukhtar 3-19.
Perlis 116 (29.2 over) Afiq Muqri Khairul 38; Mubin Salahuddin 15. Adam Rizqi Shahizam 3-18; Danish Adlyn Zulkifly 3-16.
Azib Wajdi Zainuddin 2-32.
Pemain terbaik: Azman Tajri (NS)
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (SEL); Sivan Narayanan (Pk)
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (SEL)
JADUAL 13 OGOS 2025:
SELANGOR lwn PAHANG
(9.30 pagi, Kelab Aman)
TENTERA lwn PERLIS
(9.30 pagi, Kiara Oval)

BARISAN Negeri Sembilan meraikan kemenangan, 12 Ogos 2025.

SESI menyempurnakan undian yang memihak kepada Sabah.

SKUAD muda Sabah sebelum aksi kemenangan di Kelab Aman.

MAHATHIR RAZALI… pemain terbaik pertemuan Sabah-Selangor.

AZMAN TAJRI gembira menerima pingat pemain terbaik pertemuan Negeri Sembilan-Perlis di Kiara Oval, 12 Ogos 2025.

