Hyderabad tersungkur ke tangga kedua
Thursday, 29 May 2025 21:57

KUALA LUMPUR - Seperti diduga, Sepang Rangers memenangi kejuaraan Cabaran Kriket Bawah 19 T20 Antarabangsa apabila membaham Hyderabad dengan 58 larian dalam babak akhir di Kelab Aman, 29 Mei 2024.
Walaunpun tidak mengumpulkan larian tinggi setakat 129-8 dalam peruntukan maksimum, skuad dari Selangor itu menghentikan pukulan lawan di angka 71 yang diselang-selikan dengan kontroversi bola perlawanan dan keputusan mati halangan kaki.
”Yang penting kami menang mutlak dan bersedia untuk perhitungan dalam beberapa kejohanan lagi kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia,” kata penasihat Sepang Rangers, Muammar Isaruddin Mat Isa.
Syahmi Zufayri bergaya di lapangan tengah; kekal dengan 56 larian.
Hyderabad ternyata terlalu kecewa di tangga kedua setelah terdahulu memenangi kejohanan peringkat usia antarabangsa di Dubai.
”Kasihan, saya tidak boleh bayangkan kekecewaan mereka,” kata pengerusi kejohanan, Jean-Issac Selvanayagam.
SMK Sultan Abdul Samad, Klang bertenaga semula apabila membenam Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dengan 83 larian bagi penentuan ketiga.
Pemukul harapan SMK Sultan Abdul Samad, Afiq Fahrin Afande cemerlang dengan 59 tanpa tewas.
KEPUTUSAN
BABAK AKHIR
Sepang Rangers kalahkan Hyderabad dengan 58 larian.
Sepang Rangers 129-8 (20 over) Syahmi Zufayri kekal 56; Asyraf Rifa’ie 24. S. Aashrith 4-13.
Hyderabad 71-8 (20 over) Sai Vamshi 18; Pattika Shanvi 18. Akram Malik 2-9.
PENENTUAN KETIGA
SMK Sultan Abdul Samad kalahkan Sekolah Sultan Alam Shah dengan 83 larian.
SMK Sultan Abdul Samad 126-7 (20 over) Afiq Fahrin Afande kekal 59. Sheikh Izz Syaqil 2-13; Arshan Fuadi Yusmiaidi 2-30.
Sekolah Sultan Alam Shah 43 (12.3 over) Harith Naufal Nasir 4-9; Amirul Izham 3-10.
KEDUDUKAN KEJOHANAN
1. Sepang Rangers (Selangor)
2. Hyderabad (India)
3. SMK Sultan Abdul Samad (Selangor)
4. Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)

PASUKAN JUARA... Sepang Rangers meraikan kecemerlangan selaku pemenang Cabaran Kriket Bawah 19 Twenty20 Antarabangsa di Kelab Aman, 29 Mei 2025.

SEKADAR TEEMPAT KETIGA… barisan SMK Sultan Abdul Samad.

TERLALU KECEWA… antara pemain Hyderabad yang dikatakan memiliki pemain hebat amat tertekan dengan kekalahan.

ANTARA orang kuat Sekokah Sultan Alam Shah.