Sepang Rangers semakin bersemangat
Thursday, 29 May 2025 14:14

KUALA LUMPUR - Sepang Rangers dari Selangor memastikan kemenangan besar; 79 larian ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad dalam Cabaran Kriket Bawah 19 T20 Antarabangsa di Kelab Aman, 27 Mei 2025.
Kemenangan ini bermakna Sepang Rangers akan bersaing dengan skuad pelawat, Hyderabad dari India bagi penentuan babak akhir, 29 Mei 2025, berikutan kedua-dua pasukan memenangi semua perlawanan awal.
Hyderabad pula bergaya lagi dengan kejayaan tujuh wiket ke atas Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Pengerusi kejohanan Sean-Issac Selvanayagam berkata, keberkesanan kejohanan kali ini akan membariskan sekurang-kurangnya tiga lagi pasukan luar negara musim depan dengan penampilan wakil Sri Lanka, Bangladesh dan Emiriah Arab Bersatu.
Dengan himpunan 175 larian dalam ining lawan, SMK Sultan Abdul Samad dari awal membayangkan kesukaran mengejar sasaran.
”Kami bermain berteraskan semangat kesukanan, lagipun tujuh pemain utama direhatkan kerana menghadapi ujian semester,” kata guru kriket SMK Sultan Abdul Samad yang bakal bersara, Peter Too.
KEPUTUSAN
Sepang Rangers kalahkan SMK Sultan Abdul Samad dengan 79 larian.
Sepang Rangers 175-7 (20 over) Akmal Danish Ahmad Fauzi 54; Syahmi Zufayri 41; Syahir Syamael kekal 30. Harraz Syafii 2-30.
SMK Sultan Abdul Samad 96-4 (20 over) Syamil Aqil kekal 50 (52); Darwisy Aiman 30. Asyraf Azmi 3-15.
Hyderabad kalahkan Sekolah Sultan Alam Shah dengan 7 wiket.
Sekolah Sultan Alam Shah 119 for 8 (20 over) Firash Taqiuddin 29; Sheikh Izz Syaqif 27. S. Aashrith 2-7.
Hyderabad 123-3 (17.3 over) Muntazir Ahmed 35; Pattika Shanvi 33. Shaariq Aqlan 2 -31.

PASUKAN Hyderabad dan Sekolah Sultan Alam Shah bergambar sebelum bersaing di Kelab Aman, 27 Mei 2025.

KEDUA-DUA pasukan bertukar cenderamata sebaik selesai perlawanan.