Lagi pemukul perkasa barisi Sepang menentang Hyderabad

KUALA LUMPUR - Sepang Rangers dan Hyderabad yang sama-sama layak ke babak akhir Cabaran Kriket Bawah 19 T20 Antarabangsa pada 29 Mei 2024 menjanjikan barisan terbaik bagi merebut kejuaraan.

Hyderabad dari wilayah Telengana, India telah menyerah kalah dengan lima wiket kepada Sepang Rangers dalam aksi peringkat awal, 28 Mei tetapi bertekad untuk membenam lawannya dalam pertemuan terakhir itu di Kelab Aman.

”Kami pun ada perancangan lebih-lebih lagi setelah memenangj perlawanan awal. Tiga lagi pemain perkasa akan menyertai pertemuan penentu juara ini. Hati-hatilah,” kata penasihat Sepang Rangers, Muammar Isaruddin Mat Isa.

Naib johan saingan Sekolah Juara Kebangsaan, Sekolah Sultan Alam Shah akan bertemu lagi dengan SMK Sultan Abdul Samad, Klang dalam penentuan ketiga juga 29 Mei 2025.

Alam Shah membayangkan keyakinan apabila menewaskan SMK Sultan Abdul Samad dengan 47 larian dalam aksi peringkat awal.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia antara penganjur pertandingan ini dengan harapan memperkenalkan kejohanan lebih besar musim 2026.

KEPUTUSAN

Sekolah Sultan Alam Shah kalahkan SMK Sultan Abdul Samad dengan 47 larian.

Sekolah Sultan Alam Shah 124-5 (20 over) El Ghazi Saiful 42. Ashraf Imran Hafizi 2-21.
SMK Sultan Abdul Samad 77-9 (20 over) Darwisy Aiman 22; Aryan Zahin Zainoriza 4-14 in 4; El Ghazi Saiful 2-7.

Sepang Rangers kalahkan Hyderabad dengan 5 wiket.

Hyderabad 82 (17.4 over) Syed S. Armaan 32. Azrishah Azmi 4-6; Arif Yusuf Salman 3-23.
Sepang Rangers 87-5 (10.3 over) Arif Yusuf Mazlan 27; Imran Haikal Iskandar 18. B. Veerabhadra 3-20.
 


PASUKAN Hyderabad, India dan Sepang Rangers bersedia untuk bersaing dalam pertemuan peringkat awal, 28 Mei 2025.



ANTARA penyokong Sepang Rangers di Kelab Aman, 28 Mei 2024.



PEMAIN SMK Sultan Abdul Samad, mengharungi taklimat sebelum beraksi dalam pertemuan menentang Sekolah Sultan Alam Shah dari Putrajaya.