SMK TINGGI KAJANG BERGAYA DALAM LIGA KL

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang bermula cemerlang dalam saingan kriket Twenty20 Kuala Lumpur merebut Trofi Tunku Imran apabila menang kedua-dua perlawanan pada 27 dan 28 Februari lalu.
Pertemuan di Oval VI, di sini menayangkan keperkasaan SMK Tinggi Kajang apabila menumbangkan Silver State CC dengan lapan wiket pada Sabtu dan kemudian menyeksa Mugwalla dari Subang Jaya dengan lima wiket.
 
SSCC yang dibarisi oleh tiga bekas pemain kebangsaan, Asgari Fuad Stephens, Iqbal Kassim Ali dan Jarod Lopez ternyata tidak terdaya untuk mengembalikan kegemilangan silam mereka apabila mudah diperdaya oleh pemain projek Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang rata-rata berusia 14 tahun.
 
''Kami akan pastikan tiga lagi pasukan dalam kumpulan B menjadi mangsa SMK Tinggi Kajang,'' kata pengurus pasukan yang juga guru penolong kanannya, Ali Suman.
 
Tiga lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan ialah Kelab Selangor Diraja, Kelab PJ dan Airborne.
 
SMK Tinggi Kajang merupakan sekolah Projek Kriket Nasional -- Pembangunan Menengah Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan dilatih oleh jurulatih dari Sri Lanka, Sujeewa Gunaratne.
 
Sementara itu sebuah lagi sekolah projek kendalian Kriket Melayu, SMK Victoria, Kuala Lumpur menang besar hari pertama apabila menewaskan Penerbangan Malaysia (MAS)  dengan 69 larian. Dalam pertemuan kedua, mereka tumbang 49 larian dengan Kelewar, yang dibarisi semua pemain luar negara dengan hayunan perkasa.
 
Tiga lagi pasukan dalam kumpulan A ialah Taylors College, Frontiers dan SSCC Juniors. SMK Victoria dilatih oleh jurulatih Bangladesh, SM Mortuza Raihan.
 
KEPUTUSAN:
Hari pertama:
SMK Tinggi Kajang kalahkan SSCC dengan 8 wiket.
SSCC 120-8 (20 over) Jarod Lopez 30, Welly Tan 15, Anwar A. Rahman 4-19, Azwan Idris 2-20.
SMK Tinggi Kajang 121-2 (16.4 over) Azwan Idris kekal 30, Rizuan Mat Jusoh 32, Amiruddin Azahar 24.
 
SMK Victoria kalahkan MAS dengan 69 larian.
SMK Victoria 161-6 (20 over) Faizshal Niaz-Lyn 30, Azwar Tajri 25, Adzim Yahaya 25.
MAS 92-7 (20) Pankan Voimolly 30, Nik Nabil Anuay 2-16, Adzim Yahaya 2-14.
 
Hari kedua:
SMK Tinggi Kajang kalahkan Mugwalla dengan 5 wiket.
Mugwalla 79 (14.2 over) Cyril Raj 28, Naresh Raman 27, Anwar A. Rahman 3-12, Azwan Idris 2-14, Amiruddin Azahar 2-1.
SMK Tinggi Kajang 80-5 (13.5 over) Ibrahim Khalil Zakaria kekal 26, Anwar A. Rahman kekal 12.
 
Kelewar kalahkan SMK Victoria dengan 49 larian.
Kelewar 177-6 (20 over) Arshah Junied 63, Ben Webb kekal 39, Rohit Sharma 27. Alif Safwan Zol 2-37, Hafiz Zaman Huri 2-38.
SMK Victoria 128-9 (20 over) Faizshal Niaz-Lyn 21, Noor Afif Saufee 16, Hamzimifzhal Puad 16.